Wednesday, November 5, 2014

Tahukah Anda, Semua Projek Penswastaan Zaman Mahathir Gagal!!


Generasi muda hari ini mungkin tidak mendengar lagi nama-nama seperti LLN (Lembaga Letrik Negara) atau STM (Syarikat Telekom Malaysia).  Ini tidak mengejutkan kerana kedua-dua syarikat tersebut yang dulu terletak dibawah kerajaan, telah diswastakan dibawah dasar penswastaan yang diperkenalkan pentadbiran Perdana Menteri ke-4, Tun Mahathir Mohammad.

LLN kini dikenali sebagai Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan STM sebagai Telekom.

Syarikat penerbangan nasional negara, MAS juga tidak terlepas dari diswastakan cuma namanya tidak bertukar seperti mana LLN dan STM.


Termasuk di bawah dasar penswastaan ini juga ialah pembinaan infrastruktur seperti lebuhraya yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan, tapi dipindahkan kepada pihak swasta untuk melaksanakannya dan kemudian syarikat swasta tersebut akan diberikan konsesi untuk mengutip tol.

Untungnya pada waktu itu, kerajaan berjaya mengurangkan beban kalau menguruskan syarikat ini secara langsung.  Lebuhraya juga kerajaan tak perlu keluar duit untuk membinanya kerana tugas itu akan diambil alih oleh pihak swasta yang dianugerahkan dengan konsesi.

Antara contoh yang paling terkenal ialah Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang pada waktu berkenaan terletak dibawah syarikat Renong Berhad dibawah kendalian Tan Sri Halim Saad.

Bagaimanapun, yang menariknya mengenai dasar penswastaan ini ialah, semua syarikat-syarikat yang disebutkan di atas, akhirnya diambil alih semula oleh kerajaan melalui pegangan langsung oleh Khazanah Holding Berhad, agensi dibawah Kementerian Kewangan. 

Ikut rekod, semua proses pengambilalihan berakhir pada tahun 2001.  Dikalangan pembangkang, proses ini dikenali sebagai bail out untuk menyelamatkan individu pemilik syarikat yang dikatakan kroni kepada bekas Perdana Menteri tersebut.

Renong Berhad selepas pengambilalihan dikenali sebagai UEM Group manakala TNB, Telekom dan MAS kekal dengan jenama masing-masing, cuma penguasaan syarikat kini terletak dibawah Khazanah. 

Dalam erti kata lain, dasar yang dimulakan di zaman Mahathir, berakhir juga di zaman Mahathir.  Gagal lah tu.

Pentadbiran yang diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak paling kesiannya kerana terpaksa menanggung semua beban kegagalan era Mahathir ini.  

Sepatutnya kalau dasar penswastaan ini berjaya dulu, kerajaan tidak perlu pening dengan harga tol nak naik atau turun kerana itu adalah terletak dibawah tanggungjawab syarikat yang mendapat konsesi.

Tapi kini setelah semuanya dibawah kerajaan, maka mahu tak mahu, kerajaan juga yang terpaksa memikirkannya sehingga menjadi beban politik dalam pilihanraya.  Itu baru satu contoh.

Mahathir boleh senang lenang dan lepas tangan sebab sewaktu semua proses pengambil alihan ini selesai, dia sendiri pada penghujung karier dan akan bersara.  Macam mana pun yang penting, lebuhraya di kawasan parlimennya di Kubang Pasu, tidak akan dikenakan tol sampai kiamat.

Bijak tak?

Sebetulnya ada banyak lagi, yang terus menerus menanggung kerugian pun ada (macam KTM).  Tapi itu bahan untuk penulisan lain kalilah.  Cukup buat masa ini.

No comments:

Post a Comment