Bila mendengar ucapan penggulungan Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebentar tadi, penulis fahamlah kenapa ada orang boleh benci dengan UMNO tanpa alasan dan sebab yang munasabah.
Ucapan yang panjang lebar itu rupanya 40% menceduk ucapan bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.
Kita juga jadi keliru ucapan itu sebenarnya mewakili Puteri atau wanita UMNO. Dua-duanya spesis yang sama tapi mewakili kelainan yang mengasingkan mereka kepada 2 entiti berbeza. Itu sebab ada pemisahan sayap antara wanita dan Puteri.
Mas Ermieyati sepatutnya lebih menumpukan kepada peranan yang nak dimainkan Puteri dalam mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Presiden UMNO. Kita tidak dengar semua itu dalam ucapan Mas Ermieyati.
Sebaliknya, Mas Ermieyati memberi gambaran yang salah tentang kadar pengangguran di kalangan golongan wanita muda terpelajar seoalah-olahnya ia disebabkan oleh UMNO dan kerajaan. Hakikatnya, faktor itu banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor lain yang tidak semuanya berkaitan dengan polisi dan dasar kerajaan.
Tapi bila disebutkan sekali imbas macam itu, nampak macam teruk sangat kerajaan dalam mengendalikan isu pengangguran di kalangan wanita muda ini.
Penulis juga mendengar ada salah maklumat dalam ucapan Mas Ermieyati apabila memberi gambaran seolah-olah potongan gaji suami untuk isteri yang dilaksanakan dalam perkhidmatan Angkatan Tentera, sebagai sumbangan Menterinya, Datuk Seri Hishamuddin Hussin sejak mengambil alih jawatan itu.
Walhal amalan itu telah dilaksanakan sejak dulu lagi, lama sebelum Hishamuddin menjadi Menter Pertahanan pun.
Kesimpulannya, melihat kepada prestas Mas Ermieyati dalam perhimpunan kali ini, penulis bimbang Puteri tidak akan mampu menjayakan hasrat Presiden UMNO seperti dalam ucapan perasmiannya.
No comments:
Post a Comment