Thursday, November 13, 2014

Pendapatan Tinggi & Rumah, Teguran Daim Pra Matang


Antara agenda utama kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada April 2009, ialah meninggikan pendapatan perkapita rakyat negara kita.  

Kerajaan tahu sukar untuk mengawal kenaikan harga barang yang 90% ditentukan oleh permintaan dan tawaran dalam pasaran, alternatif yang difikirkan sesuai ialah meninggikan pendapatan per kapita rakyat kita.

Hasilnya, sejak mula diterapkan pada tahun 2009, pendapatan perkapita rakyat negara ini telah meningkat dari RM 24,879 kepada RM 34,126 pada tahun 2013 - peningkatan sebanyak 37%.  Dijangka pada tahun 2020, pendapatan perkapita rakyat negara kita akan meningkat sebanyak RM 46,500 seterus memenuhi salah satu kriteria yang diperlukan untuk menjadi negara maju.

Begitupun sudah tentulah semua ini memerlukan masa untuk mencapainya.  Tidak bolehlah dalam kerajaan sedang berusaha meningkatkan pendapatan rakyat, ada yang cuba memperkecilkannya dengan mengutip satu dua contoh yang kemudian direkayaksakan sebagai bukti kegagalan polisi tersebut.

Seperti yang dilakukan mantan Menteri Kewangan Daim Zainuddin sekarang ini.

Lagipun, bagaimana boleh gagal bila polisi tersebut masih berjalan, usaha ke arah mencapainya masih berterusan, tempoh akhir (2020) untuk mencapainya pun masih belum tiba, kenapa nak kutuk awal-awal?  Bukankah itu pra matang namanya.

Begitu juga dengan perumahan.  Apa jua polisi pentadbiran terdahulu mengenai perumahan rakyat ini, masih dikekalkan sehingga sekarang, malah diberikan peningkatan di sana sini.

Contohnya, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), projek perumahan rakyat (PPR), Perumahan 1Malaysia (PR1MA) dan sebagainya.  Semua skim perumahan ini menawarkan pakej harga rumah pada kadar mampu milik.

Malah, lebih baik dari itu, dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, rakyat yang memerlukan juga disediakan dengan skim-skim baru seperti Program Bantuan Rumah yang di dalamnya mengandungi pakej seperti membina semula rumah, membaiki rumah dan bantuan kerosakan rumah.

Daim mungkin tidak tahu tentang semua ini kerana dia tidak layak.

Selebihnya mengenai perumahan ini, ditentukan oleh pasaran, permintaan dan penawaran.  Kerajaan tak bolehlah nak masuk campur semua sebab ini bukan negara komunis dan bukan semua orang dari 30 juta rakyat kita yang tidak mampu, ramai juga yang terlebih mampu.

Masalahnya sebenarnya ialah, bila rumah idaman tidak sepadan dengan kedudukan kewangan masing-masing.  Kedudukan kewangan ini bukan setakat take home pay saja, tapi keseluruhanlah, termasuk hutang piutang apa segala.  

Jenis yang ini banyak merungut konon susah nak dapat rumah.  Layak untuk rumah yang agak kecil, malu pulak dengan kawan-kawan, itu yang sanggup terus menyewa dari beli rumah sendiri..  Kalau kes seperti ini dikatakan kegagalan kerajaan menyediakan jumlah rumah yang cukup untuk rakyat, tidak patutlah.

Selain itu, satu faktor yang mungkin ramai orang terlupa, peningkatan jumlah negeri yang diperintah pembangkang juga menyukarkan kerajaan pusat untuk memenuhi sasaran perumahan rakyat kerana sebahagian besar bidang kuasa tersebut, terletak dbawah kerajaan negeri.

Dengan semula fakta ini, nak salahkan Najib macam mana Daim?

No comments:

Post a Comment