KITA perlu mengakui bahawa dalam dunia yang serba mencabar hari ini, Malaysia perlu bergantung kepada kepakaran asing untuk memastikan imej negara ini berada dalam keadaan yang baik pada sepanjang masa.
Malaysia tidak kurang kepakaran, tapi dalam keadaan-keadaan tertentu, kepakaran asing masih diperlukan untuk mengisi ruang-ruang kosong dalam bidang pengkhususan tertentu juga.
Samalah halnya bila negara asing memerlukan kepakaran orang kita dalam hal-hal tertentu yang tidak tercapai oleh mereka kerana faktor-faktor yang tidak memihak mereka tapi memihak kita.
Amerika Syarikat sebagai contoh, melihat tentera darat kita dan bentuk muka bumi negara ini sebagai rakan serta platform latihan sesuai untuk mendapat pendedahan taktik peperangan dalam hutan berikutan kegagalan dalam Perang Vietnam.
Sebab itulah negara tersebut mengadakan beberapa siri eksasais dengan tentera negara ini pada setiap tahun.
Persoalannya, apakah tindakan menimba ilmu berkaitan peperangan hutan di Malaysia ini, menurunkan walau sedikit status Amerika Syarikat sebagai negara terkuat dunia? Sudah tentu tidak.
Dalam soal komunikasi di peringkat antarabangsa pun negara kita tidak terkecuali. Benar kita ada sejarah menguruskan soal media yang panjang tapi berapa ramai dari kita yang punya hubungan baik dengan kepala-kepala media antarabangsa?
Tak bolehlah dikatakan menggunakan perkhidmatan orang ini sebagai mewujudkan kolonial era baru. Pemimpin pembangkang seperti Anwar sendiri menggunakan khidmat perunding luar untuk menguruskan komunikasi antarabangsa dan mendapat akses kepada media berpengaruh seperti CNN, Wall Street Journal dan sebagainya.
Dalam banyak keadaan, untuk menyerang imej kerajaan di peringkat antarabangsa.
Maka itu, penggunaan kepakaran asing dalam bidang komunikasi antarabangsa ini perlu kerana kita memang kekurangan dari segi itu. Kepala-kepala media kita, hampir kesemuanya hanya setakat mempunyai pengaruh dalam negara sahaja, tidak lebih dari itu.
No comments:
Post a Comment