Friday, November 7, 2014

Pukul Paku Di Keranda, Anwar Nak Marah Apa?

sumber: Agenda Daily
Anwar dikatakan berang dengan Tan Sri Shafee Abdullah keranan kononnya tak professional bila mengeluarkan kenyataan ingin memukul paku di kerandanya.  Apa yang dia marah sangat dengan kenyataan itu pun kita tak tahu kerana bukannya pertuduhan yang dikenakan ke atasnya tu boleh bawa hukum mati.

Bagaimanapun, pedulikanlah, Anwar nak berang ke nak apa sekalipun, ada kita kisah?

Penulis sebenarnya lebih tertarik dengan dakwaan Anwar yang mengatakan Shafee tak professional.  Penulis rasa ketika mengucapkan itu, Anwar berada dalam keadaan mamai, mabuk karipap agaknya.


Alasan pertama penulis berkata demikian ialah, siapa Anwar untuk mengukur keprofessionalisme Shafee?  Dari segala segi (kelayakan dan pengalaman), Shafee adalah paling ke depan sedangkan Anwar hanya ada general degree saja.

Kedua, apa pulak kategori professionalismenya bila beberapa hari sebelum ini Anwar mendakwa Shafee menerima tugas sebagai ketua pendakwaraya kerana mahu jadi Peguam Negara?  Itu professional sangat ke?

Jika sendiri tak boleh nak berlaku professional, jangan pandai-pandai ukur professionalisme orang lain pulak.  Mudah saja hidup ni.

Penulis bersetuju dengan Shafee bahawa kes liwat ini bukan kes politik.  Tidak ada apa yang politik dengan seorang jantan tua memasukkan zakarnya ke dalam dubor seorang muda.  Itu adalah hubungan liwat namanya, bukan cabang mana dalam pengajian politik.

Ia dipolitikkan kerana Anwar habis idea macam mana nak sangkal DNA asal air maninya yang dijumpai dalam rektum Saiful.  Bukan itu saja, DNA dari sumber sama turut dijumpai pada seluar dalam warna kelabu milik Saiful.

Apa yang Anwar nak jelaskan pasal itu, yang dia buat sperm milking atas seluar dalam tersebut?

Sebab itulah kes ini jadi kes politik dan hilang professionalismenya sama sekali.  Anwarlah yang bertanggungjawab menjadikannya prosiding ini sebagai pentas politik dan seterusnya menghilangkan professionalismenya, bukan Shafee.

No comments:

Post a Comment