Friday, December 12, 2014

Mahathir Pun Pernah Guna Orang Asing


Mukadimah tulisan hari ini ialah nak menjelaskan bahawa majoriti syarikat di negara kita hari ini (dan dulu kala pun) adalah diketuai oleh seorang yang bergelar Pengarah Urusan atau dalam bahasa Inggerisnya, Managing Director.

Nama jawatan Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO yang mengetuai syarikat ini hanya wujud baru beberapa tahun kebelakangan sahaja. Penulis tak pasti tarikh tepat tapi yang nyata ketika seorang Jepun dilantik Mahathir untuk mengetuai Proton, nama jawatan CEO ini masih belum wujud.

Oleh yang demikian, mana-mana pihak yang cuba mempertahankan tindakan Mahathir melantik orang asing dulu kerana kononnya Jepun itu dilantik sebagai Pengarah Urusan sahaja (kononnya kurang berkuasa), bukan CEO seperti mana MAS hari ini, sila semak tahap pengetahuan masing-masing mengenai struktur korporat di negara kita.

Pada zama itu, kalau dah bertaraf Managing Director, maksudnya dia berkuasa seperti mana ketualah.  Kalau yang dilantik menjadi Managing Director itu bukan pemilik syarikat, dia akan menjawab kepada lembaga pengarah di syarikatnya.


Ini biasa.

Tidak ada apa yang perlu dimalukan dengan itu kerana sememangnya sama seperti sekarang, Proton pada waktu itu memerlukan kepakaran luar untuk membantu menaikkan jualannya di sebalik segala macam perlindungan kerajaan yang diberikan pentadbiran Mahathir.

Begitulah MAS sekarang, MAS memang memerlukan kepakaran luar sebab, selain  2 kemalangan besar yang menimpa pesawat syarikat tersebut, kewangan MAS memang sudah sedia tenat untuk beberapa tahun kebelakangan ini semasa syarikat itu diterajui anak-anak tempatan.

Sejak diserap semula sebagai syarikat berkaitan kerajaan selepas pengambilalihan dari syarikat milik Tajudin Ramli pada 2002, hanya sekali prestasi MAS berada dalam keadaan baik, iaitu ketika Idris Jala menerajui syarikat tersebut, itu pun setelah beliau membuat keputusan besar dengan menjual bangunan MAS.

Penulis bagaimana pun yakin Tun Mahathir sedar akan hakikat tersebut, yang tak sedar ini hanyalah penyokong taksubnya sahaja.

No comments:

Post a Comment