Setelah lebih 24 jam 1MDB memberikan penjelasan mantap atas setiap butir dakwaan dalam laporan polis Datuk Seri Paduka Khairudin Hassan, kita masih tida mendengar sebarang hujahan balas daripada Khairudin mengenai penjelasan itu.
Walaupun laporan polis telah dibuat tapi tidak ada dimana kesalahannya untuk Khairudin respon kepada hujahan balas tersebut kerana perkara ini belum dibawa ke Mahkamah pun yang nak jadi sub judice.
Dengan adanya respon balas Khairudin, rakyat dan ahli UMNO yang 'diseret' sekali oleh Khairudin dalam laporan polisnya itu, boleh mendapatkan gambaran sebenar tentang isu ini - kalau betul Khairudin buat laporan polis atas rasa tanggungjawab, bukan kerana diperalatkan oleh pihak-pihak yang ada kepentingan tertentu dalam isu ini.
Tapi bila diam macam ini, nampak seolah-olah Khairudin hanyalah bidak, tak tahu apa benda pun, hanya dicaturkan itu begini oleh orang lain. Paling tidak kita tahu sekarang, Khairudin tidak mengambil peduli tentang banyak dakwaan dalam laporan polisnya yang telah pun dijawab 1MDB.
Itu permulaannya.
Lebih banyak kritikan terhadap tindakan Khairudin akan datang selepas ini kalau dia tetap berdiam diri selepas 1MDB memberikan penjelasannya. Cakap bukan main besar nak lawan sampai ke sudah, tapi bila 1MDB dah jawab, dia pulak senyap.
Secara peribadi penulis harap ini bukan 'permainan' yang sama ketika Khairudin menjadi penerbit kepada buku "50 dalil kenapa Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri" dulu.
Jangan silap, penulis puji keberanian Khairudin menerbitkan buku tersebut sehingga membawa kepada kejatuhan Anwar, cuma janganlah ingat pendekatan yang sama boleh digunakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang kerana situasinya berbeza sama sekali, dibaca dari sudut mana sekalipunlah.
No comments:
Post a Comment