Tuesday, December 23, 2014

1MDB: Ada Beza Antara Antara Pembawa Mesej Dengan Pemfitnah


Kumpulan BUTUD yang cuba menggunakan isu 1MDB untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tak usahlah perasan sangat yang tujuan mereka mensensasikan isu tersebut adalah demi kepentingan negara - sehingga nak dianggap setaraf pembawa mesej (messenger).

Berdasarkan semua jawapan balas 1MDB setakat ini, jelas mereka bukan pembawa mesej tapi pembawa fitnah.  Ada beza antara dua tu, walaupun kita yakin sampai kucing tumbuh tanduk pun, kumpulan ini tidak akan mengaku (yang mereka pembawa fitnah).

Ada sajalah alasan kenapa nak kata mereka betul dan 1MDB salah.  Paling tidak bila dah rasa tersepit sangat, padam semua posting yang berkenaan di blog masing-masing untuk elak di saman.

Kita berani kata kumpulan BUTUD ini pembawa fitnah sebab, sudah berjela-jela dakwaan mereka dijawab oleh 1MDB, tapi sehingga sekarang tidak ada satu pun hujah balas bagi menyangkal jawapan balas tersebut - kalau betul lah mereka dipihak yang benar.

Balik-balik yang diulang adalah, isu 1MDB ini disensasikan sebab dakwaan itu Mahathir yang sebut - seolah-olahnya semua benda keluar dari mulut Mahathir tu adalah setaraf wahyu dari Tuhan yang wajib diteima.  Tapi bila Mahathir berhenti sebut pasal 1MDB, kenapa puak BUTUD ini dan penaja mereka tak henti serang Najib?

Kerajaan hari ini (dulu pun), diserang dengan macam-macam dakwaan oleh pembangkang dan puak yang tak tahu nak diletak macam mana seperti kumpulan BUTUD.- kerajaan pun tidak, pembangkang pun tidak

Cuma bezanya, cara mengendalikan serangan tersebut.  Pentadbiran hari ini menggunakan semua medium yang ada untuk memberi penjelasan atas isu yang ditimbulkan, bukan macam campak orang masuk Kamunting macam dulu-dulu.

Faham sajalah maksud cakap tu.

No comments:

Post a Comment