Saturday, December 13, 2014

1MDB: Siapa Belakang Khairudin, Anwar, Mahathir Atau Kedua-Duanya Sekali?


Hujan tidak, ribut pun tidak, tiba-tiba Naib Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Paduka Khairudin Abu Hassan membuat laporan polis mendakwa berlaku pelbagai urusan meragukan membabitkan syarikat 1MDB.

Anehnya, laporan itu merujuk kepada pelbagai laporan media mengenai 1MDB, tanpa dia sendiri mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai apa yang dikatakan sebagai meragukan itu.

Begitu pun, kita tidak mempersoalkan tindakan Khairudin membuat laporan polis sebab itu adalah hak dia.  1MDB dalam reaksi segeranya selepas lapuran tersebut, dah buat kenyataan sedia untuk disiasat oleh mana-mana pihak pun - menunjukkan syarikat tersebut tidak ada apa yang nak disembunyikan.


Cuma kita nak tahu sangat ni siapa dalang di sebalik laporan tersebut, Anwar atau Mahathir?

Persoalan ini wajib ditanyakan kepada suami seorang pelakon yang pernah popular dan sepupu Anwar Ibrahim ini kerana hanya ada 2 pihak saja yang 'jaki' dengan 1MDB ini, Anwar sendiri dan Mahathir.

Atau mungkin buat pertama kali sejak Ogos 1998, Anwar kembali tag team dengan Anwar demi nak melihat pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak musnah seperti mana gerakan menurunkan Dolah Badawi dulu yang menyaksikan BN kehilangan 5 negeri dan majoriti 2/3 dalam PRU12?

Sementara persoalan itu menghadirkan jawapannya(atau tidak), ura-ura pemimpin UMNO nak digunakan pihak-pihak tertentu untuk menyerang 1MDB ini bukan cerita baru yang berada di luar pengetahuan kita.

Dari sebelum PAU2014 dilangsungkan lagi, usaha melobi pemimpin bahagian tertentu untuk menyerang 1MDB di pentas perhimpunan agung UMNO telah dijalankan oleh beberapa pihak tapi usaha tersebut tidak berjaya bila masing-masing berpuas hati dengan taklimat diberikan Presiden.

Yang barunya cuma identiti siap yang nak diperalatkan itu - Khairudin.

Apa pun kita lihatlah macam mana dan serah kepada pihak berwajib untuk menyiasat, mungkin orang ini terlalu terpengaruh dengan tulisan merapu Outsyedthebox yang entah apa masalahnya dengan Najib dan 1MDB.

Bukan bagi apa bukti pun, air liur, air liur tak habis-habis.

No comments:

Post a Comment