Wednesday, December 3, 2014

RCI Sabah: Kesungguhan Najib Selesaikan Kemelut Rakyat Sabah dan Bersihkan Imej Tun Mahathir

Hari ini merupakan catatan sejarah terpenting dalam sebahagian besar penduduk Sabah apabila Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang asing di negeri tersebut mengumumkan hasil siasatan mereka.

Isu ini sudah berlarutan hampir 20 tahun seolah-olah tiada kesudahan. Daripada sekadar serangan-serangan politik dalam pilihan raya, ia akhirnya menjadi satu kepercayaan dan mantera mewujudkan perasaan benci penduduk Sabah kepada Semenanjung dan Persekutuan.

Selama 20 tahun penduduk Sabah dimomokkan bahawa kerajaan Persekutuan melaksanakan satu skim pemberian kewarganegaraan secara tersusun dan tersembunyi kepada pendatang asing beragama Islam di Sabah.

Mereka mendakwa projek pemberian kewarganegaraan ini dijalankan dengan persetujuan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi tujuan politik kepimpinan Islam di Sabah.

Dengan menggelar projek ini sebagai Projek M, pembangkang mengungkit isu ini setiap kali pilihan raya sebagai satu bukti pengkhianatan UMNO ke atas rakyat Sabah.

Akhirnya, Perdana Menteri Keenam Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Razak membuat keputusan yang mengejutkan apabila menasihat Yang Di Pertuan Agong menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja.

Selepas 9 bulan mengadakan siasatan dengan memanggil lebih 200 orang saksi termasuk pemimpin pembangkang di sabah dan Tun Mahathir, RCI mendapati

1. Tidak ada pemberian kewarganegaraan secara tersusun dan sistematik dalam operasi hitam yang dikenali sebagai Projek M.


 Suruhanjaya turut menyentuh mengenai “Projek IC” yang telah  dibangkitkan oleh saksi-saksi dari kalangan ahli politik, penulis, wartawan dan orang ramai, di mana Suruhanjaya telah membuat kesimpulan bahawa terdapat kebarangkalian “Projek IC” ini wujud pada semua masa yang material namun ia hanyalah berdasarkan keterangan lima (5) orang saksi yang bukan sahaja tidak tertakluk kepada pemeriksaan balas malah merupakan bekas pegawai dan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara Sabah yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 berkaitan penglibatan mereka di dalam pengeluaran kad-kad pengenalan secara haram.


 

2. Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara, hanya 68, 703 pendatang asing di Sabah yang diberi kerakyatan sejak tahun 1963 - 31 Ogos 2013. 

Ini bermakna dakwaan hampir sejuta orang diberi kewarganegaraan secara mudah di sabah oleh Tun Mahathir adalah palsu dan berniat jahat. 

3. RCI juga menyatakan bahawa pemilikan kad pengenalan biru atau resit pengenalan biru bukan bukti mereka adalah warganegara Malaysia sekiranya tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara bahawa mereka merupakan warganegara. 

Ini bermakna jika ada sejuta pendatang asing mempunyai kad pengenalan biru pun mereka bukanlah warganegara Malaysia.

4.  Seramai hampir 500 ribu pendatang tanpa izin di Sabah telah dihantar pulang dari tahun 1991 - 2013. 

5. Bagaimanapun RCI turut mengakui bahawa terdapat sindiket dan individu yang menjual Kad Pengenalan Biru palsu.

6. RCI juga mendapati daftar pengundi pilihan raya Sabah tercemar kerana ada di kalangan pendatang asing yang memiliki kad pengenalan biru palsu telah mendaftar sebagai pengundi.

Berdasarkan kepada keterangan yang menyeluruh, Suruhanjaya dapati bahawa terdapat orang bukan warganegara mendaftar dalam daftar pemilih tetapi tidak dapat ditentukan bilangan sebenar mereka
Pembentangan penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja secara terbuka tanpa sebarang suntingan membuktikan ketelusan Perdana Menteri Najib Razak menyelesaikan isu membabitkan rakyat Sabah.

Mohd Najib juga secara tidak langsung telah membersihkan satu tuduhan dan fitnah terhadap Tun Mahathir yang sekian lama dilontarkan oleh pemimpin politik pembangkang dan juga musuh beliau dalam Barisan Nasional.

Dengan siasatan yang diketuai oleh seorang Bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak bukan Melayu, ia menutup satu episod politik hodoh dan jelik sehingga menjadikan seolah-olah Projek IC atau Projek M ini benar dan merupakan satu skandal untuk merosakkan kepentingan penduduk bumiputera Sabah oleh Persekutuan.

Tiba masanya dihentikan politik kebencian yang tidak bertempat sesama kaum, antara agama dan juga antara Borneo dengan Semenanjung. 

Mohd Najib ada keberanian melakukan sesuatu yang cuba dipendam dan dilupakan sebelum ini.

  m

No comments:

Post a Comment