Friday, December 5, 2014

Hantar Sekolah Swasta Atau Kerajaan, Pilihan Ibu Bapa, Bukan Silap Polisi Kerajaan


Tun Mahathir tersilap sekali lagi apabila mendakwa polisi pendidikan kerajaan sedia ada menyebabkan berlaku ketidakadilan dalam sistem pendidikan kita bila sekolah kerajaan hanya untuk anak orang miskin, sementara sekolah berbayar untuk anak orang kaya.

Mungkin pengaruh sekeliling menjadikan Mahathir percaya keseluruhan sistem pendidikan negara kita begitu.  Kita sedia maklum bahawa cucu-cucu Mahathir tidak dihantar oleh ibu bapa masing-masing ke sekolah kerajaan, sebaliknya sekolah swasta.

Bercakap tentang anak-anak Mahathir, definasi kaya ini perlu dilihat semula kerana kita tahu anak-anaknya seperti Mirzan, Mokhzani dan lain-lain bukan setakat kaya tapi sudah terlebih kaya, masuk kategori jutawan dan bilionwan.

Mokhzani sebagai contoh, tersenarai antara 10 orang terkaya di Malaysia.  Itu baru Mokhazani, belum bercakap tentang Mirzan yang tidak diketahui nilai sebenar kekayaannya kerana dia banyak membuat urus niaga di luar negara.

Sudah tentu, kekayaan anak-anak Mahathir ini tidak boleh dibandingkan dengan kaya dalam erti kaya orang kebanyakkan dan kalau mereka ini menghantar anak masing-masing ke sekolah swasta yang mungkin terletak di luar negara, maka itu adalah pilihannya.

Kalau penulis berada di kedudukan itu (anak Mahathir), pennulis pun tidak akan menghantar anak penulis ke sekolah kerajaan, bukan sebab polisi pendidikan kerajaan atau apa, tapi atas sebab-sebab lain seperti duit yang tak terkira banyak dan dari segi keselamatan yang lebih terjamin.

Anak kepada orang yang duitnya berkoyan-koyan sudah tentu jadi sasaran penjenayah dan amat tidak mendatangkan keselesaan kepada pelajar lain sekiranya anak mereka dikelilingi oleh pengawal peribadi.

Ini hakikat bukan serkap jarang.

Amat tidak adil untuk Mahathir membandingkan cucu-cucunya dengan anak orang kebanyakkan kerana situasi mereka sama sekali berbeza.  Tapi kalau definasi kaya Mahathir merujuk kepada orang dengan gelaran Datuk dan sebagainya, penulis sebagai orang biasa boleh sahkan bersepah anak-anak Datuk di sekolah kerajaan.

Bukan zaman ini sahaja, pada zaman penulis bersekolah dulupun dah ada dah, apa nak hairan?

Untuk pengetahuan Tun Mahathir, anak orang yang takde gelaran Datuk pun bersepah di sekolah swasta, terutama sekolah-sekolah agama tajaan ABIM dan sebagainya.  Sekolah-sekolah ini bukan murah, beratus yuran sebulan tau.

Tak tahulah kalau ini (yuran beratus sebulan) pada pandangan Tun belum cukup kaya.  Tapi antara percuma (sekolah kerajaan) dan berbayar (sekolah swasta), kira kayalah tu.

No comments:

Post a Comment