Friday, December 26, 2014

1MDB Patut Saman Semua Pemfitnahnya


Ada pihak di luar sana yang nak lihat 1MDB ini terima nasib sama seperti National Fedlot Corporation (NFC) walaupun dari segala segi, 1MDB dan NFC adalah syarikat yang berbeza sama sekali.

Satu dapat dana (pinjaman) bela lembu milik individu, satu lagi syarikat kerajaan yang menceburi bidang hartanah dan tenaga.

Pun begitu, walaupun berbeza dari segala segi, 1MDB tidak seharusnya membenarkan kesilapan NFC dulu berulang kembali.  

Antaranya membiarkan pemfitnah syarikat tersebut seperti Rafizi Ramli dan Tony Pua berleluasa menyebarkan berita tidak betul mengenai syarikat itu dan hanya bertindak pada saat-saat akhir bila keadaan dah mudarat.

Dalam hal ini, selain dua pemimpin pembangkang di atas yang turut terlibat dalam kempen fitnah sama terhadap 1MDB, kumpulan blogger upahan yang sakan memfitnah syarikat tersebut kebelakangan ini pun, adalah mereka-mereka yang dikenali di alam nyata.

Sesetengah tu, dimana dia tinggal pun kita tahu.

Justeru, tidak ada masalah untuk 1MDB menyaman orang-orang ini semua, bukan nak sangat duit mereka pun tapi untuk menghalang mereka dari terus menghasilkan artikel atau rencana yang memfitnah syarikat tersebut.

Lagipun kita lihat, jawapan demi jawapan, penjelasan demi penjelasan yang diberikan 1MDB, dipandang sepi oleh kumpulan ini, mereka masih tetap dengan apa yang mereka mahu percaya - 1MDB ini melingkupkan duit rakyat (walhalnya tidak).  

Sementara Mahathir pun dah berhenti bercakap mengenai 1MDB setelah pelbagai penjelasan diberikan,, kumpulan blogger berkenaan yang kononnya pro kepada bekas Perdana Menteri tersebut, masih lagi tidak berhenti mensensasikan isu ini.




No comments:

Post a Comment