Monday, December 15, 2014

1MDB: Isunya Tentang Business & Kepentingan Individu Tertentu


Rakyat diminta tidak terpedaya dengan permainan politik sesetengah pihak yang cuba menukarkan isu berkaitan 1MDB ini sebagai isu yang kononnya mempunyai kepentingan agama, bangsa dan negara,

Sebetulnya, not even close kata orang putih.

Dari apa yang kita difahamkan, ini semua tentang perniagaan, tentang nak buat duit entah berapa banyak dan yang seperti itu.  Sebab itulah semuanya jadi tidak kena, hanya bila 1MDB menceburi bidang perniagaan membekalkan kuasa pada tahun 2012, sebelum itu tidak ada apa pun.

Persaingan bida membida untuk mendapatkan kepentingan dalam syarikat pengeluar tenaga bebas tertentu inilah yang dikata menjadikan isu ini panas, termasuk cuba dipolitikkan dan dijadikan alasan kenapa Perdana Menteri perlu meletakkan jawatan.

Gila.

Semasa UMNO diharamkan pada tahun 1988 pun, tidak ada siapa mendesak Perdana Menteri ketika itu untuk meletakkan jawatan.  Walhal itu isu besar kerana akibat oleh keputusan tersebut, sejarah UMNO sekelip mata berubah - dari parti yang ditubuhkan pada tahun 1946, kepada parti yang ditubuhkan pada tahun 1988!!

Bandingkan peristiwa tersebut dengan kononnya 'skandal' yang dituduh melibatkan 1MDB ini, apalah sangat?  Lagipun, hampir kesemua isu yang dibangkitkan pihak berkenaan (kecuali satu dua isu baru), telah dijawab oleh 1MDB, hanya mereka sahaja yang buat-buat tak faham.

Maka itulah rakyat tidak perlu terlibat di dalam 'wayang' ini, sebab dari bacaan penulis, diakhirnya rakyat tidak akan dapat apa keuntungan pun kalau sama-sama masuk dengan permainan puak-puak ini.  

Cuma kita harap kumpulan individu yang berkenaan agar berhenti menggunakan seorang bekas Perdana Menteri dengan maklumat salah yang tersasar dari isu sebenar kenapa 1MDB ini dijadikan sasaran dan alasan untuk menjatuhkan Najib.

Kalau rasa kuat sangat, tubuh parti politik baru, kita bersaing secara adil dalam pilihanraya.  Masalahnya, masing-masing pun ada 'taik' tersendiri semasa memegang jawatan dulu, nak bertanding macam mana.

Jika pun generasi muda hari ini tak tahu, pembangkang (terutama Anwar), masih ada untuk ingatkan.  Apatah lagi seorang itu memang musuh dia zaman berzaman.

Itu yang cuba jatuhkan kerajaan ikut jalan belakang agaknya.






No comments:

Post a Comment