Kalau ikut dari cakap, semalam sepatutnya satu laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat oleh Naib Ketua Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Paduka Khairudin Hasan berhubung 'skandal' dalam syarikat 1MDB.
Ini adalah lanjutan dari laporan polis berhubung isu sama yang dibuatnya seminggu lepas di Balai Polis Dang Wangi.
Tapi setakat yang penulis difahamkan, tidak ada laporan kepada pihak SPRM dibuat Khairudin semalam seterusnya mencetuskan persoalan, apakah yang menghalang Khairudin dari melakukan perkara tersebut?
Maka dengan pemahaman tersebut, artikel ini ditulis.
Persoalannya sekarang kenapa? Memanglah hak Khairudin nak buat laporan ke SPRM atau tidak, tapi memandangkan dia dah berjanji, maka kita sebagai rakyat yang sama ingin tahu dimana korupnya 1MDB, ada hak nak bertanya.
Persoalannya sekarang kenapa? Memanglah hak Khairudin nak buat laporan ke SPRM atau tidak, tapi memandangkan dia dah berjanji, maka kita sebagai rakyat yang sama ingin tahu dimana korupnya 1MDB, ada hak nak bertanya.
Kalau setakat nak kata SPRM boleh siasat sesuatu dakwaan itu tanpa menerima laporan rasmi, itu bukan cerita baru, kita pun dah lama tahu. Orang dalam kedudukan seperti Khairudin sudah tentu tahu tentang perkara tersebut (SPRM boleh siasat tanpa laporan), takkan dia tak tahu kot.
Begitupun bila dia tetap berkeras nak buat laporan pada SPRM, maksudnya, adalah benda yang dia tahu kita tak tahu, tapi Jumaat dah berlalu, mana dia?
Apa pun alasannya kita tidak kisah, cuma penulis harap Khairudin tidaklah menunding jari kepada UMNO dan pemimpin kerajaan sebagai pihak yang menghalangnya dari membuat laporan kepada SPRM semalam.
Ini perlu dijelaskan lebih awal kerana dalam setiap dakwaan longgar seperti ini, memang biasa kenyataan menuduh wujud tekanan dari pihak lain, dikeluarkan. Nak minta simpatilah tu.
Maaflah, permainan macam ini kita dah biasa sangat.
No comments:
Post a Comment