Bila Khazanah buat keputusan melantik orang luar dengan reputasi tinggi memulihkan syarikat penerbangan sebagai CEO MAS, ramailah yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Termasuklah di antaranya itu bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Perkara ini memang dah dijangka kerana Mahathir ada kegemaran melantik orang tempatan walaupun berulang kali dibuktikan perlantikan itu gagal membawa syarikat yang berkaitan, ke arah kejayaan.
Hujung-hujung, kerajaan yang terpaksa ambil alih, macam pernah berlaku kepada TNB, Telekom dan MAS sendiri dulu pun. Tapi strategi sama tak boleh lagi sekarang kerana industri penerbangan di negara kita sudah banyak berubah.
Wang rakyat juga tidak lagi boleh sewenang - wenangnya dibelanjakan untuk menyelamatkan MAS entah sampai bila. Dalam usaha menyelamatkan MAS kali ini, sejumlah RM 6 billion akan dibelanjakan, kalau tak selesai juga, entah berapa Billion lagi.
Tak kira masa selamat kali pertama dulu, entah berapa billion lah agaknya.
Sebab itu fokus nya ialah mengukuhkan prestasi kewangan MAS dulu - satu tugas yang bukan mudah. Kepakaran berkaitan yang ada dalam negara kita juga kurang ditambah dengan 2 tragedi besar yang menimpa MAS tahun ini sahaja.
Bukan sebab siapa dilantik CEO
Kita tak ragui keupayaan rakyat tempatan, tapi dalam masa yang sama perlu diakui yang tak semua dari rakyat kita ada kepakaran memulihkan syarikat seperti MAS .
Mahathir dulu pun tak paksa juga rakyat negara ini bina jet pejuang sendiri, masih beli di luar negara kerana kepakaran untuk membuat jet pejuang dalam negara kita tidak ada.
Akhirnya penulis nak tanya, jika orang luar ini tidak layak, siapa dia rakyat negara kita yang layak? Cadangkan lah nama siapa pun individu tersebut kepada kerajaan, jangan pandai complain saja.
Yang kita tahu cukup berkemampuan untuk menangani masalah MAS sekarang ialah Tan Sri Tony Fernandez, tapi percayalah, kalau Tony dilantik, persoalannya apa dah tak de Melayu ke?
Idris Jala yang pernah membawa MAS kembali membuat untung pun, tak terlepas dari kritikan kerana keputusannya menjual bangunan MAS di Jalan Sultan Ismail.
Senang kata, kalau hati dah tak suka, buat apa pun tak suka juga.
No comments:
Post a Comment