Monday, December 22, 2014

Dari 1MDB ke Kerajaan Jual Tanah Di Wilayah Persekutuan, Satu Bukti Pun Tiada

Gambar Hiasan
Selesai isu 1MDB, kini kumpulan blogger yang dikenali sebagai BUTUD,  (Blogger Upahan Tun ***M), menyalak lagi dengan dakwaan ada tanah kerajaan di Wilayah Persekutuan nak dijual oleh pihak tertentu dengan menggunakan nama pemimpin kerajaan, antaranya Perdana Menteri.

Wilayah Persekutuan tak semestinya Kuala Lumpur, mungkin Putrajaya, mungkin Labuan.

Digambarkan bahawa penjualan tanah ini mirip dengan tindakan DAP di Pulau Pinang yang menjana hasil negeri dengan hanya menjual tanah kerajaan.

Begitupun, sama seperti pelbagai dakwaan dalam isu berkaitan 1MDB, dakwaan yang ini pun tidak disertakan dengan bukti, bahkan penulisnya, Apanama secara terang menyebut bahawa dakwaan ini hanya ura-ura dan khabar angin semata-mata.

Dia pun dengar dari orang.

Tapi mengetahui motif kewujudan kumpulan BUTUD ini yang secara jelas mahu menjatuhkan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan cara selain pilihanraya, maka kita pasti dakwaan ini tidak akan berhenti setakat itu sahaja.

Kita percaya ini hanyalah gerakan yang pertama.  Permainan mereka macam itu.  Mula-mula cakaplah dengar sana dengar sini, lepas tu mula kias-kias nama syarikat dan pemimpin tertentu sebelum confident  menuduh tanpa bukti melainkan air liur semata-mata.

Malangnya, ada juga yang percaya.

Apa sekalipun, sebelum apa-apa dan tidak membuangkan masa sesiapa, kita mintak kumpulan ini keluarkan bukti atau apa bentuk dokumen untuk menyokong dakwaan tersebut, baru boleh cerita.  Paling tidak, beritahulah tanah kat mana yang nak kononnya nak dijual tu.

Cuma nak minta tolong sikit, motif tu kalau boleh janganlah berkepentingan perniagaan individu tertentu seperti mana dalam kes 1MDB.

Takut 'Tun' yang bayar gaji tu sebenarnya nak beli tanah di kawasan yang dimaksudkan (tapi tak dapat), lepas tu tuduh macam-macam benda tak masuk akal pada kerajaan termasuk cuba menggambarkan seolah-olah isu ini ada kepentingan agama, bangsa & negara. 

Walhal kepentingan seorang dia saja pun..


No comments:

Post a Comment