Friday, January 9, 2015

Kuil Di Putrajaya, Pemfitnah Najib Perlu Minta Maaf


Ketika belum dibangunkan, Putrajaya adalah kawasan ladang kelapa sawit dan getah yang besar.  Sudah tentu, ladang ini dimiliki oleh syarikat perladangan yang membuka Estet-Estet disitu.

Seperti mana Estet-Estet yang lain, majoriti pekerja mereka adalah terdiri dari orang India, dengan ramai diantara mereka yang beragama Hindu (sebelum dimonopoli pekerja asing).  Mereka membina rumah-rumah ibadat untuk memudahkan urusan keagamaan dijalankan tanpa perlu keluar ke tempat lain.

Bila kerajaan persekutuan mengambil alih kawasan berkenaan untuk dijadikan Putrajaya, semua rumah ibadat ini terpaksa dirobohkan dan sebagai ganti, satu kawasan di Precinct 20 telah diwartakan sebagai kawasan rumah ibadat penganut agama Hindu.

Ini bukan keputusan baru, tapi keputusan lama yang telah dibuat semasa Anwar Ibrahim masih Timbalan Perdana Menteri lagi iaitu pada tahun 1997.

(Nota: Anwar Ibrahim tidak ada kena mengena dengan cerita ini tapi sekadar nak menunjukkan betapa lamanya keputusan berkenaan telah dibuat).

Kenapa pembinaan hanya dimulakan sekarang, bukan dari awal, penulis tidak pasti.  Tapi jangka penulis, mungkin ada kena mengena dengan pengumpulan wang dalam jumlah yang besar untuk membina rumah ibadat berkenaan berdasarkan kos projek itu yang mencecah berjuta ringgit.

Yang penting, kawasan itu memang sudah diwartakan untuk pembinaan sebuah kuil lama sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri.

Maka itu, mana-mana pihak yang menuduh Perdana Menteri membenarkan pembinaan rumah ibadat tersebut, perlu meminta maaf kalau tidak mahu tanggung dosa kering.  Najib memang Perdana Menteri hari ini tapi beliau bukan Perdana Menteri yang meluluskan tapak untuk pembinaan rumah ibadat tersebut dulu.

Najib nak halang pun tak boleh kerana ia bertujuan  menggantikan semua kuil yang dirobohkan untuk membolehkan pembinaan Putrajaya dulu, dan kenapa pula Najib nak halang bila dasar negara ini membenarkan rakyat, (kecuali orang Islam) untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing?

Kalau dihalang, nanti datang satu pihak lain kata Najib sekat kebebasan beragama.  Kalau itu berlaku, puak yang mempertikaikan hari ini bukan nak datang defend Najib pun, silap-silap depa pun ikut sama hentam Najib juga.

No comments:

Post a Comment