Wednesday, January 28, 2015

Campur Tangan Daim, Setakat Mana Rakyat Bersetuju?


Banyak diperkatakan orang tentang 'teguran' bekas-bekas pemimpin negara seperti Daim terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.  Yang jadi persoalan sekarang, kenapa ia dipanggil 'teguran', bukan campur tangan?

Teguran bermaksud, yang kena tegur ada hak menerima teguran itu atau tidak, tapi campur tangan, kalau tak ikut, siaplah kena kritik memanjang, dan inilah yang terjadi sekarang.

Bila permintaan Daim banyak tak dipenuhi Perdana Menteri, maka dia menubuhkan kumpulan penulis upahan (BUTUD) untuk menyerang pentadbiran Najib.  Jumlahnya tak ramai, Kadir Jasin, Gunalan, Syed Akhbar Ali dan sesekali Zam Maidin tapi bila dibantu akhbar batu api, Sinar Harian, nampaklah macam besar.

Nak bagi panas keadaan, nama Tun Mahathir dibabitkan sekali, sedangkan Najib tidak ada masalah langsung dengan Mahathir atau Mukhriz dah kena buang dari jadi Menteri Besar Kedah.  Najib pun tak ada masalah dengan Daim, tapi Daim sahaja yang cari masalah dengan Najib kerana kepentingan perniagaannya terjejas.

Mana-mana sekalipun, yang penting sekarang, berapa ramai di kalangan rakyat Malaysia yang sokong campur tangan Daim yang bersembunyi disebalik nama teguran?

Siapa diantara blogger dalam BUTUD yang Daim taja, nak mempertahankan Najib kalau segala 'teguran' Daim (atau sesiapa pun bekas pemimpin UMNO), Najib turut?  Tapi ini soalan kemudian, soalan pertama, rakyat dulu.

Faktor ini tidak pernah diambil kira.  Senang saja lah cakap si polan sana menegur, si polan sini menegur tapi siapa peduli pasal rakyat?  Adakah rakyat suka Najib dilihat sebagai Perdana Menteri boneka, tidak ada idea sendiri, bergantung sepenuhnya kepada nasihat orang?

Sedangkan zaman dah berubah, keadaan sekeliling pun sudah tidak sama lagi dengan dulu.  Najib kalau tidak ambil kira perubahan ini, lagi nahas.  Adakah itu yang puak-puak ini mahu lihat berlaku kepada Najib?



No comments:

Post a Comment