Sebelum sesiapa alih perhatian, penulis suka nak sebutkan disini bahawa kumpulan blogger upahan yang diwujudkan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainudin (BUTUD) untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mempolitikkan isu 1MDB ini kerana dakwaan syarikat ini bakal membankrapkan negara akibat hutang yang besar.
Hutang besar dia sebut, aset lagi besar dari hutang, dia tak sebut.
Semalam Perdana Menteri dalam rancangan soal jawab di TV3 dah sebutkan bahawa 1MDB akan menerbitkan tawaran saham permulaan (IPO) berjumlah USD$12 billion untuk mengurangkan hutang syarikat tersebut.
Kalau ikut kadar tukaran sekarang yang bersamaan RM 3.62 untuk 1 dollar, ia berjumlah lebih RM 43billion!! Hutang 1MDB keseluruhannya hanya berjumlah RM 41 billion. Silap-silap bukan mengurangkan hutang, tapi menghapuskan terus hutang.
Kita yakin IPO ini akan mendapat sambutan, silap-silap terlebih langgan. Banyak syarikat korporat di dunia ini nak melabur dalam 1MDB kerana perniagaannya bukan sahaja di Malaysia, tapi di luar negara pun ada. Sebuah IPP yang diambil alih 1MDB pada tahun 2012, mempunyai perniagaan sama di beberapa negara luar dan prospek lain untuk berkembang.
Penulis boleh kalau nak ulas lebih panjang pasal IPO ini, tapi apa gunanya? Orang-orang macam Kadir Jasin, Gunalan dan Syed Akhbar, mereka bukan orang bisnes tapi lebih kepada pemerhati politik yang dilantik diri sendiri.
Apa yang mereka tahu pasal semua IPO dan apa segalanya ni? Boleh rujuk Googlelah tapi lepas tu ulasannya mesti macam bodoh. Alangkah ulas soal politik, yang mana ada dikalangan mereka 3 orang ini sudah sampai tahap veteran pun, kadang-kadang nampak macam tak matang, lagi nak ulas pasal bisnes setakat bergantung pada bacaan dalam Google?
Lagipun, kalau puak-puak ini faham pasal bisnes, sudah tentu mereka tahu lebih awal bahawa syarikat seperti 1MDB boleh menerbitkan IPO untuk mengurangkan hutang syarikat.
Pasla tak tahulah tu yang meroyan.
No comments:
Post a Comment