Malah tulisan Saiful Bukhari yang membuat komentar mengherdik pengurusan media massa mesra kerajaan menimbulkan tanda tanya apa motif sebenar Saiful Bukhari?
Dalam tulisan di blognya hari ini, Saiful memuat naik komunikasi WhatsApp yang mengandungi arahan “must cover and use” (wajib buat liputan dan guna) kepada wartawan penyiaran Nik Suryani Megat Deraman pada 25 November lalu.
Arahan yang didakwa daripada “bos besar” itu mengarahkan Nik Suryani, yang juga isterinya, membuat liputan berhubung sidang media anggota parlimen PKR Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin.
Ia berkaitan desakan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan hasil siasatan terhadap dakwaan kes rasuah Daim di parlimen.
“Bukan niat untuk persoal mengapa TV3 attack (serang) Tun Daim, tapi mahu persoal mengapa beria sangat bagi coverage(liputan) pada PKR? TV3 dah jadi media PKR ke?
“Tak ada orang sendiri yang berani untuk dedah ke? Hari tu Shamsul Iskandar, sekarang ini (Ketua Pembangkang) Anwar Ibrahim pula?” soalnya.
Saiful berkata, beliau ingatkan serangan terhadap Daim itu cuma sekali tetapi “rupanya makin menjadi-jadi”.
Nik Suryani kini tidak lagi berkhidmat dengan TV3 setelah mengambil skim pemberhentian kerja “MSS”.
Hari terakhir beliau bertugas pada 15 Disember.
“Ada beberapa faktor, antaranya terasa seperti bermajikan pihak lawan, terasa jijik apabila diarah buat liputan PC (sidang media) Shamsul Iskandar-PKR, untuk tikam tokoh yang beliau sendiri hormati.
“Beliau mengambil keputusan drastik, berisiko, walau tidak ada jaminan pekerjaan lain. Hidup biar berprinsip. Rezeki di tangan Allah," katanya.

Sebelum menjadikan isterinya sebagai hero elok Saiful jelaskan berapa banyak isterinya dapat pampasan dari TV3?
Kita juga tertanya-tanya apakah motif Saiful Bukhari mempertahankan Tun Daim Zainuddin?
Adakah beliau sakit hati dengan Najib Razak kerana tidak masuk campur dalam hal Mahkamah sehingga menyebabkan kes beliau dengan Anwar Ibrahim masih tergantung?
Apa pun Saiful sebagai seorang mangsa liwat yang telah dibantu oleh kerajaan untuk mendapat keadilan perlu tahu menjaga perilaku bila membabitkan isu politik.
Sebagai bekas pegawai Anwar Ibrahim, Saiful bukan buta politik sangat. Justeru beliau sepatutnya berhenti mengulas isu politik sehingga menimbulkan spekulasi kes beliau juga merupakan kes politik.
Apakah Saiful rasa TV3 sengaja memungut kenyataan pemimpin bawah PKR yang mengkritik Tun Daim Zainuddin jika Daim tidak mempunyai agenda menjatuhkan Perdana Menteri?
Apakah pasukan Mohd Najib yang telah sekian lama berada dalam politik begitu bodoh untuk tidak mengetahui liputan seperti itu tidak disukai orang UMNO?
Mereka tahu. Namun mereka lakukan juga kerana mereka sendiri sudah tahu gerakan Daim!
Soalnya, apakah Saiful Bukhari menulis sekadar ulasan politik kerana kenaifan atau sudah menyertai kem Daim untuk mengugut Najib Razak?
Inilah padahnya bila budak-budak mahu masuk campur hal politik sehingga menyusahkan orang.
No comments:
Post a Comment