Bagi seorang yang tidak mampu menyelesaikan hutang Berita Publishing berjumlah lebih kurang RM 4 juta, agak menarik perhatian kita semua bila Kadir Jasin bercakap tentang soal turun naik harga minyak dunia yang ditentukan oleh pasaran antarabangsa.
Obama pun tidak ada kuasa untuk menentukan berapa harga minyak dunia sepatutnya berada (sekurang-kurangnya secara langsung), inikan pula pemimpin negara kecil Malaysia seperti Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kurang-kurang sejak 2009, kerajaan Malaysia yang Najib terajui sudah mengurangkan kebergantungan pendapatan kerajaan kepada hasil minyak dari 40% kepada sekitar 25 - 20%, sementara Kadir, kita tak tahu apa sumbangannya dalam hal ini.
Tapi cakap macam bagus.
Hujung tahun lepas, kerajaan Najib juga telah membuat pengumuman menghapuskan subsidi minyak berikutan penurunan harga minyak dan bagi budak sekolah menengah pun tahu bahawa penghapusan ini membawa maksud ada lebihan pada wang kerajaan yang dulu diperuntukkan untuk subsidi bahan bakar berkenaan.
Pentadbiran Najib juga akan melihat kembali kemungkinan untuk menstruktur semua bajet 2015 berikutan penurunan harga minyak dan perkara-perkara lain seperti bencana banjir serta penyusutan nilai wang.
Semua ini dilakukan untuk memastikan ekonomi Malaysia terus berdaya saing dan mampan - perkataan yang tidak ada kesan kepada majoriti pembaca di alam siber, tapi mudah faham bagi generasi tua macam Kadir Jasin, sebab itu dimasukkan.
Apa peranan Kadir? Hutang Berita Publishing masih belum selesai sedangkan Najib sedang berusaha menyelesaikan banyak perkara dalam negara, bukan sekadar duduk depan keyboard dan menyalahkan orang sana sini, macam diri tu hebat sangat.
Cakap pasal banjir, kita tidak lihat kelibat kurus kering Kadir Jasin membantu mangsa banjir, mungkin alasannya bukan kerja dia, tapi boleh pulak kondem Najib? Kurang-kurang Najib pendek percutiany dan kena E-Coli ketika melawat dan membantu rakyat ketika banjir.
Kalau ada kengkangan fizikal dan kewangan untuk bantu mangsa banjir, paling tidak, gunakanlah 'kehebatan' menulis di alam maya itu untuk cari jalan bagaimana nak bantu mangsa banjir terlibat, bukan padai kondem saja 24 jam.
No comments:
Post a Comment