Tidak ada apa yang pelik di atas perlantikan Arul Kanda Kandasamy sebagai Presiden dan CEO baru syarikat 1MDB menggantikan Mohd Hazem Rahman yang meletakkan jawatan.
Mengikut amalan korporat yang biasa, penggantian pegawai atasan seperti ini adalah perkara lumrah, setiap syarikat pernah melakukannya.
Kita tidak pasti alasan sebenar di sebalik penggantian ini tapi apa pun alasannya tidak penting kerana yang utama entiti, bukan individu. CEO hanyalah menjalankan tugas dari hala tuju yang ditetapkan oleh lembaga Pengarah.
Ini bukan syarikat cap ABC dimana satu orang buat semua benda.
Pembangkang mungkin mengambil kesempatan ini untuk mempolitikkan perkara tersebut, tidak ada apa yang perlu dipelikkan dengan itu kerana memang kerja mereka untuk mencemarkan imej kerajaan.
Yang penting pada rakyat sekarang, soal penggantian CEO 1MDB ini tidak menjejaskan kehidupan seharian mereka.
Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang, tidak langsung terjejas dengan perlantikan baru CEO 1MDB ini kerana bantuan makanan dan sebagainya yang diuruskan kerajaan berjalan seperti biasa.
Itu yang penting sekali.
Pembangkang memang mencari benda yang boleh dijadikan isu kerana mereka ketandusan isu. Penurunan harga minyak dan bantuan mencurah serta sistematik kerajaan membantu mangsa banjir sebelum ini telah 'melemaskan' mereka.
Rakyat melihat sendiri bagaimana gagalnya pembangkang membantu, hanya mempolitikkan sahaja pandainya.
No comments:
Post a Comment