Tuesday, January 13, 2015

Menjawab Kadir Jasin Sambil Lap Hingus Siri 1 - Menyambung Lidah PR


Untuk makluman, ketika Kadir Jasin dapat gaji lumayan sebagai Ketua Pengarang NST dan beberapa jawatan lain lewat 90-an dan awal abad ke-21 dulu, penulis berkhidmat secara percuma mempertahankan kerajaan di Internet yang ketika itu masih baru dan dilihat tidak berpotensi oleh orang-orang macam Kadir Jasin.

Rugi-rugi Berita Publishing yang diserahkan kepada Kadir untuk diuruskan pun, ketika itu ia masih ada business jangka panjang yang lumayan dengan MAS dan beberapa syarikat lain. Senang kata perkhidmatan Kadir mempertahankan kerajaan dulu bukan percuma, ada masyuk jugak.

Jadi jangan ceramah dengan penulis soal perjuangan mempertahankan kerajaan dibayar atau tidak, Kadir pun tak pernah melakukannya secara percuma seperti golongan macam penulis ketika kami bermula dulu.

Walaupun 'hingus' Kadir sudah lama kering dan handal macam mana pun dia kononnya, satu yang pasti, penulis dah teroka dunia penulisan maya yang jadi medium Kadir menghentam kerajaan hari ini, jauh lebih lama dari Kadir.

Oleh yang demikian, sementara penulis 'kalah' kalau perbandingan dalam media cetak dijadikan asas, dalam soal media sosial dan penulisan maya, penulis rasa tak jauh di belakang Kadir - kalau setaraf atau lebih baik tu mungkin nampak keterlaluan.

Justeru bila Kadir 'sentap' kerana bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainudin dikritik oleh beberapa media arus perdana baru-baru ini, kononnya tindakan itu menyambung lidah PR, penulis ketawa sambil lap hingus yang meleleh.  

Nampak sangat Kadir tak pandai sembunyi hipkorasi bila menulis di blog.  Ini bukan suratkhabar yang ambil masa nak cetak artikel dan tunggu surat pembaca untuk disiarkan.  Ini Internet, tunjuk bodoh sekejap pun orang dah boleh kesan dan hentam balik, apa lagi hipokrit.

Tak terfikir ke Kadir Jasin yang orang boleh nampak betapa hipokritnya dia bila dia sendiri menulis hentam Najib, itu dianggap tak apa, tak kata sambung lidah pembangkang (PR), tapi bila media arus perdana cubit Daim sikit, dah dikatakan Kadir sebagai sambung lidah  pembangkang?

Perjuangan jatuhkan Najib ni perjuangan siapa?  Bukan perjuangan pembangkang ke?  Daim apa kena mengena dengan politik?  Dia masuk politik dulu pun penulis percaya bukan sebab nak pertahan perjuangan Melayu sangat tapi sebab nak pastikan kepukan-kepukan duit dia terus meninggi.

Kalau Kadir mahu, kita boleh dedah apa yang Najib sudah tolong Daim sejak jadi Perdana Menteri - kalau nak kata Najib tak pernah harga jasa Daim dulu dengan membantunya hari ini.  Banyak bendalah, tapi Daim bukan satu-satunya manusia 'berjasa' yang perlu Najib tolong dan bantu.

Lagipun, jika pendedahan itu menimbulkan implikasi politik di kemudian hari, bukan Daim atau Kadir Jasin nak pertahan Najib pun.

Yang penting kat sini, Najib tak pernah ketepikan Daim cuma tak boleh nak utamakan dia selalu. Banyak agenda pentadbirannya yang perlu diberi keutamaan.  Daim dan Kadir bukan 2 orang rakyat Malaysia, ada lebih 30 juta yang lain perlu Najib beri perhatian juga.

Tapi dalam masa yang sama orang-orang Daim macam Kadir Jasin dan sebaganya ni, janganlah cuba mencari pasal dengan Najib.  Nak minta Najib selesaikan masalah hutang Berita Publishing tu cakap sajalah, ni nak bermadah-madah pulak.  

Dalam terdesak taknak pulak jatuh taraf, apa jenis manusia macam ini?


No comments:

Post a Comment