Penyokong-penyokong puak yang tengah-tengah tu sudah main gendang kata akan ada kompromi dicapai antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ketua pembangkang Anwar Ibrahim agar Anwar dilepaskan dari hukuman penjara untuk menyerang Tun Mahathir dan Tun Daim.
Ini setelah ada ura-ura Anwar akan dibebaskan 10 Februari nanti (bila keputusan disampaikan), entah rujuk dari mana, kita pun tak pasti.
Ura-ura sama pernah disebut-sebut bila Anwar bebas kali pertama tahun 2004 dulu, cuma komprominya pada waktu itu ialah agar Anwar tidak ganggu pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sejauh mana benarnya dakwaan itu, kita tidak pasti tapi yang nyata sememangnya Anwar tidak ganggu Abdullah, sehingga dia nak meletakkan jawatan pada tahun 2008 pun, Anwar cadang untuk kemukakan usul percaya terhadap pentadbiran Abdullah di Parlimen.
Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, pembangkang kemuka usul untuk Perdana Menteri dari UMNO/Barisan Nasional kekal dalam jawatannya.
Terserahlah kepada semua untuk menilai sama ada memang wujud kompromi (antara Anwar dan Abdullah) seperti yang dikatakan atau tidak.
Cuma penulis nak katakan disini bahawa, kali ini, tidak wujud kompromi sama (tujuan berbeza). Apa pun keputusan Mahkamah minggu depan, itu adalah keputusan yang bebas sepenuhnya dari campur tangan Perdana Menteri.
Kita percaya, dakwaan ini sengaja dibangkitkan untuk membangkitkan rasa tidak puas hati ahli-ahli UMNO terhadap Najib.
Didapati bersalah atau tidak Anwar nanti, adalah sebabnya oleh 5 orang Hakim yang bertugas nanti tu. Yang penting, Perdana Menteri mahupun kerajaan tidak boleh dibabitkan dalam apa cara sekalipun.
Lagipun Perdana Menteri bukan bodoh. Beliau tahu, bekerjasama dengan Anwar, sama macam bekerjasama dengan syaitan, tidak wujud situasi menang-menang sama sekali.
No comments:
Post a Comment