Pelbagai cerita dongeng disebarkan mengenai kejadian luarbiasa yang berlaku ke atas Nik Aziz semasa sakit sekarang, sekadar menunjukkan bahawa sepanjang masa ini, Nik Aziz ada lebih ramai pentaksub dari orang yang betul admire dengan kerjanya ketika menjadi Menteri Besar Kelantan dulu dan Mursyidul Am PAS sekarang.
Lumrah bila bercakap tentang pencapaian seorang Menteri Besar, kita tak kata berapa kali dan dalam keadaan apa dia sembahyang, tapi sumbangannya kepada pembangunan negeri dan yang berkaitan selama berkuasa.
Bukan kata sembahyang tak penting, penting, tapi dalam konteks seorang Menteri Besar kita cerita ni, bukan nak cari calon menantu.
Tapi dalam itu pun, penulis kagum dengan pentaksub Nik Aziz yang bersungguh percaya walaupun 'asas' kepada kepercayaan itu nampak terlalu longgar - hanya audio bunyi orang bercakap sahaja.
Sekali imbas, perbandingan ini mungkin nampak tak berkaitan tapi bandingkan satu kes dimana seorang pemuda mendakwa diliwat oleh Anwar, DNA dijumpai 4cm dalam salur rektum pemuda berkenaan dan sebagainya tapi tidak ada dikalangan macai yang nak percaya dan kata itu fitnah.
Ditanya, dia kata benda tak nampak, maka itu tak boleh percaya.
Sebaliknya bila seorang sepupu Nik Aziz keluar rakaman audio dalam Youtube, mendakwa tentang segala 'keluarbiasaan' yang kononnya berlaku kepada Nik Aziz, para pentaksubnya menerima dakwaan itu tanpa ada dakwa dakwi sama sekali.
Bila ada sepupu yang lain sangkal kenyataan tersebut dengan versi yang lain, pentaksub ini tidak peduli.
Kalau kita tanya, nampak ke apa segala yang didakwa itu? Kita tahu, tak siapa pun (melainkan keluarga terdekat) yang boleh berada di sisi Nik Aziz, jadi tak mungkin para macai tahu dengan pasti itu yang berlaku?
Baca komen-komen para pentaksub Nik Aziz ini pun rasa macam nak muntah. Nampak sangat taksub buta bukan berpegang pada fakta sama sekali.
Tak menghairankan kerana inilah sahaja cara yang boleh digunakan untuk mengangkat Nik Aziz pada suatu tahap. Pencapaian yang sepatutnya diukur sebagai seorang Menteri Besar Kelantan, hampir tidak ada yang boleh diperkatakan orang.
Politik pun macam itu juga. Melainkan kejayaan besar sapu bersih semua kerusi Parlimen dan DUN ketika merampas Kelantan dalam PRU 1990 (dan mengekalkan kekuasaan sehingga sekarang), PAS dibawah naungan Nik Azi, tidak pernah berada dalam keadaan yang betul-betul mencabar BN.
Yang negatif-negatif tu banyak kalau nak cerita, tapi menghormatinya sebagai manusia yang mungkin berhenti jadi manusia pada bila-bila masa, penulis tak mahu sebutlah, rasanya semua orang pun tahu.
Apa pun harapnya, janganlah kita terpedaya dengan semua cerita dongeng mengenai Nik Aziz ini. Dari macai buat, percaya dan sebar cerita dongeng mengenai Nik Aziz, lagi baik doakan dia agar cepat sembuh, itu lebih afdal.
No comments:
Post a Comment