Tak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim bila beliau dipetik sebagai meminta Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Mahathir berdamai.
Persoalannya, bila mereka berdua bergaduh?
Tambah tidak faham bila baca keseluruhan artikel dibawah, tak satu pun yang membawa maksud Shahidan berkata Najib dan Mahathir bergaduh.
Jadi siapa yang sebenarnya nak rakyat nampak seakan Najib dan Mahathir bergaduh, Shahidan atau Sinar Harian?
Kalau tak faham isu, lebih baik jangan jadi pelaga. Nak untung jual suratkhabar pun bukan dengan cara macam itu, melagakan orang.
Apakah bila Daim menubuhkan pasukan kecil untuk menyerang karekter Najib, itu dimaksudkan sebagai Mahathir turut terlibat sama bergaduh dengan Najib?
Ya, kita tahu Daim pernah jadi orang kanan Mahathir, tapi setelah Mahathir mengutamakan Anwar lebih dari segalanya dan Daim sendiri enggan meneruskan tugas sebagai Menteri Kewangan ketika negara masih berada dalam krisis ekonomi 1997 dulu, hubungan keduanya sudah tidak lagi baik - sekurang-kurangnya macam dulu.
Lagipun seperti diakui orang suruhannya, Kadir Jasin, Daim tidak berminat dalam politik dan hanya berminat dengan nak buat duit (ini penulis sendiri akui).
Persetankanlah, yang penting Mahathir dan Najib tidak pernah bergaduh. Setakat menegur Najib, kita semua tahu Mahathir, dari muda sampai tua, siapa yang dia rasa betul, semua orang pun tak betul, termasuk Tunku Abdul Rahman dan sebagainya.
Itu memang karekter Mahathir, bergaduh apa pulak?
Sebetulnya ini semua hanyalah perbezaan ciri-ciri mentadbir. Pada Mahathir, guna duit rakyat untuk bagi subsidi minyak pada semua orang, itu cara yang betul. Sementara Najib, dari bagi semua orang guna duit yang sama untuk salur pada yang betul-betul layak saja, adalah pendekatan yang dipilih.
No comments:
Post a Comment