Saturday, January 10, 2015

Nasib Ketua Pengarang Harakah Berbanding Kadir Jasin dan Zainuddin Maidin

Sungguhpun Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman menegaskan bahawa beliau masih lagi memimpin redaksi lidah parti PAS itu dan tidak pernah dipecat atau digantung tugas, namun hakikatnya PAs akan mencari jalan menyingkirkan beliau dari syarikat akhbar terbabit.

Ahmad Lutfi diminta meletak jawatan tanpa sebarang faedah lain kecuali pencen ilat yang tidak seberapa. Itulah harga sebuah perjuangan bagi seorang pengarang kepada parti Pas.

Kesetiaan Ahmad Lutifi kepada Pas tidak mungkin boleh dipersoalkan sejak beliau mengendalikan akhbar MEMO dan laman web Detik Daily lagi.

Pas boleh memberi kawasan balak kepada pemimpin DAP Perak, namun hanya menawarkan pencen ilat kepada Ahmad Lutfi yang telah berbakti kepada perjuangan parti sejak puluhan tahun lalu.

Dari zaman Pas miskin sehingga Pas kaya, Lutfi adalah satu nama besar pengarang sebelah sana selepas Subky Latiff.

Ini berbeza sekali dengan bekas-bekas Ketua Pengarang akhbar yang pro-UMNO. Datuk Kadir Jasin misalnya yang bukan sahaja menerima gaji belasan ribu ringgit ketika itu tetapi juga  diberi pampasan yang lumayan. ini termasuk membenarkan beliau mengambil alih Berita Publishing, anak syarikat Kumpulan The New Straits Times Press dengan harga RM 1. 

Sungguhpun Kadir mengambil alih Berita Publishing dalam keadaan rugi dan mempunyai hutang jutaan ringgit, namun ia masih satu imbuhan yang lumayan kerana syarikat terbabit mempunyai kontrak dengan MAS dan juga beberapa penerbitan menguntungkan.

Zainuddin Maidin pula menerima banyak imbuhan dalam bentuk saham, dan pampasan pemberhentian yang lumayan. Utusan juga menerbitkan beberapa bukunya yang membolehkan beliau meraih pendapatan lumayan. Tidak cukup itu, ZAM turut dilantik menjadi senator dan Menteri.

Bayangkan jika Ahmad Lutfi berada di pihak UMNO dan mendapat imbuhan seperti itu, nescaya beliau masih tetap menyokong dan membantu kerajaan Barisan Nasional ini, bukannya menjadi seperti ZAM dan Kadir yang sentiasa mahu menunjukkan mereka lebih hebat dari parti yang mereka terima begitu banyak habuan.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETIKAN MALAYSIAKINI.COM

NILAI AHMAD LUTFI DI MATA PAS.
Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman menegaskan bahawa beliau masih lagi memimpin redaksi lidah parti PAS itu dan tidak pernah dipecat atau digantung tugas.
Bagaimanapun, beliau tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan berhubung isu permintaan ahli lembaga pengarah lidah rasmi PAS itu supaya beliau meletakkan jawatan, katanya kepadaMalaysiakini.

Katanya, soal mengenai keperluan beliau untuk meletak jawatan akan dibincangkan dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah Harakah yang akan diadakan pada pertengahan Februari depan.

"Saya tak nak keruhkan lagi suasana. Saya cuma nak beritahu yang  saya masih lagi berkhidmat sebagai ketua pengarang kumpulan Harakah.

"Selepas perkara ini timbul, saya ada buat pertemuan dengan Pengarah UrusanHarakah Dr Rosli Yaakob untuk berbincang mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi.

Selain itu, Lutfi memberitahu, tawaran 'pencen illat' dengan bayaran separuh gaji oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak boleh dilaksanakan kerana kriterianya tidak mencukupi.

Ini kerana, doktor yang merawatnya memberitahu, penyakit yang dihidapinya mempunyai tanda positif untuk pulih memandangkan pencen illat hanya boleh diberikan kepada individu yang mempunyai cacat kekal.

"Apabila berjumpa dengan Dr Rosli, dia maklumkan pada saya, sekiranya tak cukup kriteria, saya akan terus bertugas. Harakah dan Dr Rosli memberi jaminan akan memberi keutamaan dan perhatian dari segi kebajikan saya.

"Kes saya berbeza dengan dua pengarang (Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid) kerana saya kakitangan tetap. Mereka bekerja secara kontrak," katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai tahap kesihatannya kini dan adakah beliau boleh bertugas, Lutfi berkata keadaannya kini bertambah baik.

Namun, Lutfi berkata, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya di letakkan jawatan yang bersesuaian sekiranya tahap kesihatannya tidak mengizinkan.

"Saya amat memahami sekiranya kesihatan saya tak mengizinkan. Saya pun tak akan gagahi juga. Walaupun komitmen nak beri sumbangan pada parti tinggi, tapi saya tak akan sama sekali meletakkan diri saya ke peringkat meyusahkan Harakahdan parti.

"Sekiranya tak mampu, saya rasa tak ada masalah kalau nak diletak dalam post yang lebih sesuai," katanya.

Ditanya adakah isu perletakan jawatan ini ada kaitan dengan penyiaran artikel Che Samsudin Othman atau Dinsman yang dikatakan mengkritik ulama dalam PAS, Lutfi berkata perkara itu di luar pengetahuannya.

"Saya tak bertugas masa itu. Saya tak boleh nak kaitkan permintaan berhenti dengan pergolakan parti atau dengan artikel Dinsman atau apa-apa.

"Saya merasakan isu ini boleh selesai secara kekeluargaan," tambahnya lagi.

No comments:

Post a Comment