Cadangan seorang bekas Perdana Menteri nak membawa pihak ketiga (firma audit luar) untuk mengaudit akaun kerajaan ini, kononnya nak meningkatkan ketelusan, dari satu sudut memang baik, tapi dari satu sudut lain, tapi dari banyak sudut yang lain, banyak lagi tak baik.
Ia boleh menjurus kepada pendedahan maklumat perbelanjaan kerajaan kepada pihak luar, yang kemudiannya boleh dijadikan isu untuk menghentam kerajaan semula.
Adalah sebab kenapa sejak dari merdeka, kerajaan ini tidak membuka perincian kewangannya kepada pihak ketiga kerana perbelanjaan kerajaan tak sama macam perbelanjaan individu atau syarikat.
Termasuk ketika bekas Perdana Menteri berkenaan masih berkhidmat lagipun. Nak kata sepanjang 22 tahun dia memerintah negara ini miskin, tak juga. Dekad 90-an (sebelum krisis ekonomi 1997), negara kita mewah, KDNK lebih 8% beberapa tahun berturut-turut.
Pastinya, isu sekarang ni bukan sebab dulu kita miskin (maka itu tak perlu diaudit pihak ketiga) dan sekarang kita lebih banyak duit (sebab itu perlu diaudit pihak ketiga), tapi soal keselamatan dan kedaulatan dan apa lagi yang berkaitan.
Lagipun tidak ada bukti bahawa kalau diaudit pihak ketiga, akaun dan pengurusan kerajaan tidak akan dipersoal mana-mana pihak. Ambil contoh 1MDB. Akaun syarikat tersebut diaudit oleh salah satu dari 4 firma audit terbesar dunia, pun kena persoal juga.
Ironinya, orang yang mempersoalkan ketelusan urusan kewangan 1MDB yang diaudit firma audit terkemuka dunia, adalah orang sama yang menyokong cadangan agar akaun serta butiran perbelanjaan kerajaan diaudit oleh pihak ketiga.
Belum lagi kita menyebut bahawa mana-mana firma audit pun adalah entiti perniagaan yang memerlukan kepercayaan dan keyakinan pelanggan untuk terus kekal bertahan.
Walaupun intergriti penting, dalam masa sama, peluang perniagaan berterusan dan persaingan dengan firma-firma audit setaraf yang lain, membolehkan cerita 'kawtim' supaya akaun nampak elok ini berlaku.
Jika itu berlaku, pun tak selesaikan masalah juga. Dalam masa sama, kerajaan menghadapi risiko kebocoran maklumat penitng kewangan negara kepada pihak luar.
Oleh itu, lebih baik tak payah. Kekal macam sedia ada sekarang sudah.
No comments:
Post a Comment