Penulis percaya, Daim ialah teraju utama disebalik gerakan nak menjatuhkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak - dengan mengunakan cara selain dari pilihanraya. Dalam usaha itu orang-orang macam Kadir Jasin, Syed Akhbar dan lain-lain digunakan.
Ada bayar takde bayar, itu tidak pasti dan bukan persoalan pun, cuma nak disebutkan bahawa gerakan itu, kita sudah tahu siapa dalang di belakang. Sebelum ini kita kurang pasti, tapi bila Kadir 'sentap' setelah Daim diserang media arus perdana, ia ibarat sudah terang lagi bersuluh.
Tapi itu bukan isunya, isunya sekarang ialah, dengan perkembangan semasa ini, selamat untuk dikatakan bahawa, Daim adalah jeneral yang mencatur gerakan, sementara yang lain-lain itu hanyalah bidak-bidaknya sahaja.
Justeru amat lucu rasanya bila Kadir dalam entry terbaru di blognya menganggap dia setaraf dengan Daim (Jeneral) cuba mencabar Najib. Bukan nak menghina, tapi semua orang pun tahu Daim pun bukan setaraf dengan Najib dari segi politik, apatah lagi Kadir, lagilah jauh tarafnya.
Kurang-kurang Daim pun, dia pernah rasa jerih perit bertanding dalam pilihanraya, yang Kadir apa pengalaman seumpamanya dia ada? 3 suku hidupnya adalah dari hasil dibayar untuk mempertahankan kerajaan di media arus perdana.
Pandai cakap pasal politik tapi dia sendiri tidak pernah bertanding dalam mana-mana pilihanraya. Kalau bertanding sebagai calon BN itu mungkin nampak susah, tapi Kadir boleh saja bertanding sebagai calon bebas. Lagi cantik kalau menentang Najib di Pekan.
Nak tahu juga sejauh mana handalnya, sama taraf atau tidak dengan orang yang dia selalu kondem. Yang penting orang macam Kadir hanya layak mengulas apa yang dah terjadi, bukan apa yang akan terjadi.
Contohnya, nak bercakap kenapa calon itu menang dan calon ini kalah, Kadir memang terer, bukan nak kata calon ini akan menang atau calon ini akan kalah, itu belum taraf Kadir lagi. Selera politik rakyat Malaysia bukan senang nak dijangka.
No comments:
Post a Comment