Tuesday, January 20, 2015

Beza Dengan Paklah, Serangan Ke Atas Najib Bermotifkan Perniagaan


Tak tahulah kat mana silap, tapi ada pihak menyamakan serangan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dengan serangan untuk menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi (Paklah) dahulu.

Dengan apa dan bagaimana 2 serangan itu boleh dikatakan sama pun penulis tidak tahu.

Kes Paklah berbeza, Waktu itu beliau memang betul-betul hilang fokus dan buktinya, dari menang lebih 90% kerusi parlimen pada tahun 2004, kepada hilang 2/3 majoriti di Dewan Rakyat buat kali pertama sejak 1969, termasuk terlepas 4 negeri (tak masuk Kelantan) kepada pembangkang

Jika dibiarkan Paklah menjadi Perdana Menteri lagi, BN boleh hilang kuasa dalam PRU13 yang lepas dan Anwar akan jadi Perdana Menteri.
Benar, kerusi Parlimen yang BN menang dibawah pimpinan Najib dalam PRU13 adalah lebih kurang dari Paklah pada tahun 2008 tapi fikirkan fakta ini:-
  1. Tahun 2004 BN menang 198 kerusi parlimen, pembangkang hanya 20 kerusi.
  2. Tahun 2008 kerusi BN merudum kepada 140 (hilang 59 kerusi parlimen) selain hilang 4 negeri (selain Kelantan kekal di tangan PAS). 8 kerusi parlimen pada tahun itu dimenangi BN tanpa pertandingan.
  3. Tahun 2013 Najib menang 133 kerusi parlimen dan berjaya merampas Kedan.  Perak yang kalah pada mulanya tahun 2008 dulu, menang dibawah pimpinan Najib.
Nampak beza?  Ada faktor-faktor lain lagi, tapi kita hanya sebut yang penting-penting sahaja dulu.

Begitupun, yang lebih utama sekali, Paklah bukan jatuh kerana motif perniagaan, macam yang cuba dilakukan Daim ke atas Najib sekarang.


No comments:

Post a Comment