Tuesday, January 20, 2015

Biar Sejarah Membuktikan Keputusan Najib Hari Ini Betul Atau Salah



RAKYAT perlu menerima hakikat bahawa tak semua keputusan kerajaan dibuat pada hari ini, boleh diterima oleh semua.  Kadang-kadang ada keputusan yang pada masa ia dibuat, dikritik hebat tapi diakhirnya, ia terbukti menguntungkan rakyat.

Penulis dah lihat banyak kes macam ini, antaranya membabitkan Jambatan Pulau Pinang, KLIA, Putrajaya dan sebagainya.  Semua keputusan ini, pada  ketika ia mula dibuat dulu, mendapat kritikan hebat, membazirlah, itulah, inilah, tapi hari ini, cuba habaq mai siapa yang berani bangkang lagi semua projek yang di atas?

Cakap pasal Putrajaya, dulu siap nak dilelong kalau pembangkang menang, hari ini, dah dia berebut pulak siapa yang patut rampas Putrajaya dan sebagainya.

Samalah keadaannya dengan banyak keputusan dibuat Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, rakyat perlu menerima keputusan yang dibuat itu dengan baik kerana percayalah beliau tahu apa yang dilakukannya.
Jangan dengar sangat cakap pembangkang atau pihak yang masih tak dapat terima hakikat Najib adalah Perdana Menteri sekarang (bukan pemimpin yang mereka sanjung sangat dulu). Dengan puak-puak ini apa benda yang Najib buat betul? Semua tak betul.

Sehinggakan buat benda baik pun kena kritik juga, macam beri bantuan banjir dulu, apatah lagi kalau benda tak baik (kalau adalah).

Macam dalam soal penubuhan 1MDB contohnya.  Ia bukanlah pertama kali kerajaan menubuhkan syarikat seperti itu, pada zaman Mahathir jadi Perdana Menteri dulupun dah pernah dibuat.  Ada diantara syarikat tersebut rugi sehingga cecah RM 11 billion, tapi siapa yang  bising?

Begitu juga dengan projek penswastaan era Mahathir, semuanya gagal.  TNB, Telekom, KTMB, MAS dan lain-lain, apakah yang terjadi dengan semua syarikat-syarikat ini setelah diswastakan?

Semuanya kini diambil alih semula oleh kerajaan, ada yang diletak dibawah Khazanah, LTAT dan sebagainya kerana orang yang diserahkan Mahathir untuk mengendalikan syarikat-syarikat ini dahulu, gagal.

Ada siapa yang bising?  Adakah sebab keputusan tersebut Mahathir buat, maka orang tak bercakap tapi sebab hari ini yang buat keputusan itu Najib maka orang-orang macam Daim, Kadir Jasin, Gunalan dan sebagainya nak bising?  Adakah itu kesnya?

Terima sajalah hakikat, Mahathir bukan lagi Perdana Menteri

Lagipun 1MDB belum lingkup pun, tapi dah dikata bermacam-macam.  Biarkanlah syarikat tersebut jalan dulu, kerajaan hanya jamin hutang syarikat tersebut sebanyak RM 5 billion, kalau 1MDB tak boleh bayar sekalipun, aset syarikat tersebut mampu membayar hutang tersebut dan kerajaan tidak akan rugi apa-apa.

Najib sepatutnya tidak diganggu dari menjalankan tanggungjawab beliau.  Beliau sudah jadi Ahli Parlimen dari tahun 1976, pernah jadi Menteri Besar dan nama tetap dalam barisan Menteri Kabinet sejak 80-an lagi, tahulah beliau dengan tugasnya sebagai Perdana Menteri.

Beza dengan Kadir Jasin, pegang apa jawatan politik pun tak pernah, asyik dipergunakan orang sahaja tak habis-habis.  Dulu Mahathir, sekarang Daim, esok-esok entah siapa, Anwar agaknya.

No comments:

Post a Comment