Friday, January 30, 2015

Bagaimana Perodua Boleh Maju Tanpa Mahathir?


Menurut seorang pemerhati politik yang enggan namanya dikenali, beliau berpendapat punca sebenar kenapa Tun Mahathir menyerang keputusan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan 1MDB, adalah kerana Proton.

Proton, projek kereta nasional yang dimulakan dibawah pentadbiran Mahathir dulu dan menjadi kebanggaannya sehingga sekarang, dikatakan menghadapi masalah kewangan dan memerlukan suntingan dana dari kerajaan sebanyak RM 1.5 billion, menurut pemerhati berkenaan

Dikatakan, kerajaan dibawah pimpinan Najib enggan membantu Proton sebab tak adil kepada syarikat-syarikat swasta lain yang setaraf Proton, nanti kalau mereka juga minta duit dari kerajaan, apa tinggal untuk rakyat? 

Tapi kerana dibawah pentadbiran Mahathir dulu Proton sentiasa berada dibawah perlindungan kerajaan, Mahathir tidak berpuas hati kerana beliau tahu kerajaan boleh membantu Proton kalau mahu.  

Masalah lain yang disebutkan di atas tu Mahathir tak peduli dan nak ambil tahu, yang penting Proton ini mesti diutamakan sebab ini baby dia.

Bankrap Proton, nama dia yang busuk, bukan nama Najib.  Itu yang Mahathir nak elakkan sangat, katanya lagi.

Sebetulnya tak boleh macam itu.  

Zaman dah berubah dan Proton bukan satu syarikat sahaja di Malaysia ini.  Ia juga bukan terletak dibawah kerajaan lagi pun macam dulu.  DRB-Hicom dah ambil alih syarikat tersebut dan terpulang kepada mereka untuk memajukan Proton macam mana.

Lagipun, kenapa Perodua, sebuah lagi syarikat kereta nasional, boleh berjaya walaupun tanpa mendapat perlindungan dan bantuan kerajaan, waima semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri.  Persoalannya, kenapa Perodua boleh tapi Proton tidak?

Sekurang-kurangnya, pentadbiran Najib membantu Proton dengan mengekalkan dasar bahawa kenderaan rasmi kerajaan mestilah Proton.  Situ saja dah berapa lebih Proton dapat dari orang lain, tak kira lagi yang dijual kepada umum.

Tak ada sebab kenapa Proton tidak boleh jadi lebih maju, kecuali kalau mereka duduk dalam zon selesa kerana perlindungan yang diberikan kerajaan zaman berzaman.  Mahathir seharusnya mengajar Proton untuk lebih berdikari dan tidak harap kerajaan untuk membantu syarikat tersebut setiap masa.

Begitulah pandangan pemerhati politik berkenaan, betul atau tidak penulis tidak tahu, tapi macam betul.

No comments:

Post a Comment