Saturday, January 24, 2015

Demokrasi Hanya Kalau Kritik Najib, Kritik Daim Itu Cerita Lain?


Dalam temuramah dengan China Press seperti di petik Sinar Harian semalam, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainudin antara lain berkata, Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri, berhak mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ini negara demokrasi.

Betullah tu, kita terima.

Yang anehnya, kenyataan ini keluar dari mulut orang yang baru sahaja ni yang seakan memberi amaran kepada media arus perdana seperti Utusan, NST, TV3 dan Bernama kerana mengkritiknya - termasuk menggunakan orang macam Kadir Jasin untuk menghentam pengkritiknya di media sosial.

Soalannya sekarang, dah mana hilang demokrasi?

Apakah kalau kritik Najib sahaja demokrasi, tapi kalau kritik Daim itu tak demokrasi?  Ini falsafah politik mana, ke falsampah?

Kenapa penulis lihat perkara ini sama bodoh macam bila Najib saman Malaysiakini, itu dikatakan menyekat kebebasan media tapi bila Anwar saman Utusan, itu dikatakan hak dia disisi undang-undang untuk saman sesiapa saja yang dia mahu.

Dalam bahasa slangnyanya, "lu buat salah, gua buat ok".  Rendah macam itu ke taraf Daim?

Atau Daim yang sudah jadi macam Anwar sekarang?  Tak mustahil.  Kalau Daim boleh guna media pro pembangkang dan surat khabar cina (rata-rata pro pembangkang) untuk serang Najib, kenapa Daim tak boleh sekongkol dengan Anwar untuk jatuhkan Najib?

Lepas tu buat cerita konon Najib nak sekongkol dengan Anwar untuk kenakan Mahathir dan dia sendiri.  Ini pun cerita menarik jugak, bila yang Mahathir dan Najib ada masalah?  Mahathir mungkin ada masalah dengan Najib, Najib tak pernah ada masalah dengan Mahathir.

Kalau tidak, dah lama Mukhriz kena buang dari jadi Menteri Besar Kedah.

Soal betul atau tidak Najib menggunakan media arus perdana untuk menyerang Daim, itu bukan isunya sekarang, yang nyata Daim memang ada gerakan untuk menjatuhkan Najib sebab kaitan bisnes.

Mengaku sajalah, nak bohong macam mana lagi.

No comments:

Post a Comment