Wednesday, January 7, 2015

CEO Baru 1MDB Perlu Saman Semua Pemfitnah Syarikat Tersebut


Penulis percaya, rakyat tidak begitu mengambil tahu hal 1MDB, tak seperti yang cuba digambarkan oleh puak-puak pembangkang dan puak penulis upahan yang dibiayai oleh Tun D*** (BUTUD).

Inilah sebabnya kenapa isu penggantian CEO/Presiden syarikat tersebut baru-baru ini kurang mendapat perhatian rakyat walaupun pembangkang cuba menarik perhatian rakyat dengan mengaitkan penggantian itu dengan kegagalan membayar pinjaman sebanyak RM 2 billion.

Dakwaan itu lenyap begitu sahaja kerana tidak dipetik dari sumber yang sah, selain ia adalah hal lumrah dalam apa-apa perniagaan pun (kalau benar berlaku seperti di dakwa).

Selain negara juga sedang sibuk mengendalikan masalah banjir yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur.  Peduli apa siapa jadi CEO 1MDB, yang penting bantuan yang diperlukan seperti makanan dan sebaganya, sampai kepada mangsa banjir yang memerlukan.

Walaupun begitu, bukan bermaksud 1MDB perlu mengambil pendekatan berdiam diri seperti dibawah CEO sebelum ini, 1MDB dibawah pentadbiran baru perlu pro aktif dengan mula mengambil tindakan undang-undang terhadap semua pihak yang cuba memfitnah syarikat tersebut.
Di pihak pembangkang, keutamaan patut diberi kepada Ahli Parlimen Pondan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Petaling Jaya (U), Tony Pua kerana 2 orang inilah yang paling kerap buat kenyataan tidak betul mengenai 1MDB.

Sementara di pihak lain (pembangkang tidak, kerajaan pun tidak), adalah kumpulan penulis yang diupah Tun D*** kerana sering mencemarkan 1MDB dengan maklumat tidak betul seperti gambaran seolah-olah 1MDB telah bankrap dan menghabiskan duit kerajaan.

Walaupun difahamkan kebanyakkan artikel berkaitan sudah dipadamkan, tapi itu bukan masalah kerana penulis yakin 1MDB sendiri ada menyimpan artikel berkenaan ketika ia belum dibuang.

Dalam UMNO pun ada pihak yang 1MDB boleh ambil tindakan tapi baru-baru ini di dakwa bahawa individu berkenaan telah bankrap.  Nak saman orang ini pun tak guna sebab kalau menang pun, bukan boleh dapat apa.

Semua ini perlu dilakukan segera kerana kita yakin 1MDB akan terus menjadi sasaran pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini dalam usaha mereka untuk mencemarkan imej Datuk Seri Najib Tun Razak.

Adalah menjadi tanggungjawab CEO/Presiden 1MDB yang baru untuk mengambil tindakan terhadap semua pihak yang dinyatakan di atas.

No comments:

Post a Comment