Seringkali bila berlaku perpecahan dan parti baru ditubuhkan, akan adalah pemegang-pemegang jawatan baru yang mengisi jawatan-jawatan tertentu dalam parti yang ditubuhkan.
Peluang ini sukar nak diperolehi dalam parti yang lama, jadi berhijrahlah mengguna nama rakyat dan perjuangan masuk ke parti baru. Sebetulnya tidak ada kaitan dengan rakyat sama sekali, hanya untuk mencapai matlamat politik sendiri saja.
Justeru, tidak adalah yang berbeza dalam kes parti yang ditubuhkan ini pun. Memang adalah beberapa orang UMNO yang masuk parti itu, tapi jumlahnya tidak ramai seterusnya tidaklah begitu sangat memberikan impak yang diharapkan Mahathir dan Muhyiddin.
Kemasukan 110 ahli UMNO diketuai bekas Naib Ketua Bahagian Kota Raja beberapa minggu lepas, kekal sebagai gelombang pertama kemasukan ahli UMNO ke dalam Pribumi, selepas itu, jangan kata gelombang, buih-buih kecil pun tidak ada.
Maka jangan hairanlah bila Muhyiddin sendiri pun tak berapa nampak bernafsu dengan parti baru ni. Kalau tak silap pengiraan, sejak ditubuhkan secara rasmi kurang sebulan dulu, tidak banyak aktiviti diadakan untuk mempromosi parti baru dan kalau ada pun, hanya dalam skala yang sangat kecil.
Itu Presiden tu. Beza sangat dengan masa Anwar tubuh PKR dulu, jauh bezanya.
Sementara orang-orang UMNO yang diketahui masuk parti Mahathir ini, tidak begitu banyak kejutan, memang kaki berbalah kalau duduk dalam UMNO pun.
Melihat kepada perkembangan ini, kadang-kadang penulis fikir Mahathir ni sedang buat kerja untuk UMNO - dalam konteks menyerlah dan kemudian mengeluarkan sampah-sampah ini dari parti keramat orang Melayu ini.
No comments:
Post a Comment