Wednesday, October 5, 2016

Masuk UMNO: Annuar Menyindir, Dia Pulak Serius



Penulis tak tahulah pandir macam mana orangnya Mukhriz ni sehinggalah sekarang.  Tahulah dia tak berapa cerdik tapi tak sangka pulak pandir macam ini.

Ia berkenaan kejadian baru-baru ini Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyindir tentang hanya UMNO tempat Mukhriz boleh jadi Perdana Menteri - menyindir kata kuncinya disitu, datangnya serius pulak membalas kenyataan tersebut.

Asal macam mana sindiran itu bermula tak penting tapi yang pentingnya disitu Annuar hanya menyindir, macam yang bapak Mukhriz selalu buat jugaklah, menyindir.

Yang dia pandang serius tu kenapa?  Siap buat sidang media untuk menjawab sindiran Annuar Musa tu saja, betul punya 'low'.

Takkanlah Mukhriz ini terlupa bahawa dia itu dibuang dari UMNO bukan meletakkan jawatan seperti mana bapaknya.  Dibuang, takkanlah UMNO saja-saja nak kutip balik semula kalau bukan awak tu sendiri yang sukarela masuk semula.

Sekarang janganlah hairan kenapa jadi Menteri Besar pun tak tahan 1 penggal, nak berangan pegang jawatan yang lebih tinggi pulak lagi kalau pembangkang menang - kalau menanglah, sebab nampak sangat mentaliti hanya sesuai jadi yang dipimpin, bukan memimpin.


No comments:

Post a Comment