Friday, October 7, 2016

Mahathir Membodohkan Mukhriz Lagi


Dalam satu kenyataan beberapa hari lepas, Mukhriz berkata DYMM Yang Dipertuan Agung tidak menolak Deklarasi Rakyat dan kenyataan yang mengatakan sedemikian (YDPA tolak Deklarasi Rakyat) dikeluarkan Perdana Menteri sebelumnya, adalah salah.

Mahathir pulak sebaliknya semalam mengesahkan bahawa YDPA menolak Deklarasi Rakyat cuma mendakwa YDPA mengakui bahawa tindakannya itu tidak berlawanan dengan perlembagaan.

Dah penyudahnya Mukhriz nampak bodoh - lagi, bukan orang lain tapi oleh Mahathir juga.

Lain daripada itu tak payah buang masa bertekaklah, yang pentingnya sekarang, ini entah berapa kali pun tak tahu dimana Mukhriz cakap lain, Mahathir cakap lain - mengulas isu yang sama.

Sebelum ini Mukhriz pernah kata tak mungkin Mahathir akan bekerjasama dengan pembangkang, kemudianya kita tahulah dia memang bekerjasama dengan pembangkang.  

Kemudian Mukhriz kata Mahathir tidak terlibat dengan konspirasi jatuh Perdana Menteri, Mahathir pulak tak lama selepas itu walaupun masih mengaku tak terlibat tapi tahu siapa yang terlibat dan sememangnya konspirasi itu wujud.

Anak dengan bapak pun cakap tak boleh seragam, macam mana nak jadi Perdana Menteri ni?

No comments:

Post a Comment