Bekas Menteri yang bakal terpalit dengan satu skandal di Sabah, Shafie, selamat mendaftarkan parti barunya yang diambil alih dari sebuah parti tempatan yang lain serta menamakan parti tersebut sebagai Warisan dengan menggunakan lambang kapal layar.
Kapal layar adalah lambang yang pernah digunakan parti Perikatan yang kemudian diubah menjadi Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974.
Malah, nama Warisan itu sendiri meniru lagu Allahyarham Datuk Sudirman dengan tajuk yang sama serta sering dilagukan dalam perhimpunan Agung UMNO.
Sekalipun parti ini adalah parti berbilang kaum tapi 2 ciri-ciri ini saja sudah cukup untuk mengatakan ia adalah satu peniruan yang jelas dan nyata.
Persoalannya kenapa kedua-dua Muhyiddin dan Shafie meniru UMNO dan BN? Bukankah mereka menuduh segala yang buruk tentang BN dan juga UMNO tapi diakhirnya mereka meniru semua yang telah dan pernah BN/UMNO lakukan.
Tak malukah?
Ini semua kes nak cepat popular lah ni atau sengaja nak mengelirukan rakyat - seolah-olah parti dia adalah juga sama dengan BN/UMNO
No comments:
Post a Comment