Tuesday, October 18, 2016

Mat Sabu Mengemis Bantuan Kewangan, Elak Kaki Fitnah Muflis

 
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu merayu agar orang ramai khususnya masyarakat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) segera tampil menghulurkan bantuan kewangan bagi membayar saman yang dikenakan.

Mat Sabu hari ini dilaporkan berkata Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman terpaksa membayar ganti rugi berjumlah RM500,000 setelah didapati memfitnah Felda.


Menurutnya lagi Mazlan yang kononnya ingin perjuangkan nasib peneroka kini berdepan kemungkinan diisytiharkan muflis sekiranya gagal menjelaskan ganti rugi tersebut.

Inilah seperti kata pepatah 'kerana mulut badan binasa'.

Paling menarik Mat Sabu turut mendakwa tindakan mahkamah itu bertujuan untuk mengekang isu yang di perjuangan Mazlan.


Terdahulu Mazlan dengan kerjasama Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. telah menerbitkan buku yang bertajuk ‘Felda...Dulu Tolong Sekarang Ah Long’ bagi menfitnah dan memburuk-burukan Felda.

Setelah melalui satu proses perbicaraan yang panjang Mahkamah mendapati Mazlan bersalah kerana cuba menyebarkan fitnah dan diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM350,000 dan kos RM150,000.

Walaupun sebelum ini Felda telah berulang kali menerangkan mengenai isu yang dibangkitkan itu, namun Mazlan tetap berusaha untuk menwujudkan sentimen kebencian kepada para peneroka sehingga ada yang termakan dengan dakyah yang dilemparkan itu.

Namun keputusan mahkamah itu jelas membuktikan Mazlan hanya ingin mengunakan isu Felda untuk kepentingan peribadinya.

No comments:

Post a Comment