Tuesday, October 11, 2016

Tak Lama Untuk Mahathir Kencing Muhyiddin


Rakyat tidak seharusnya terkejut dengan tindakan Mahathir mengubah sokongan dari Muhyiddin bakal Perdana Menteri kepada orang lain sebagai Perdana Menteri seperti disebut dalam interview dengan Malaysiakini.

Bahkan kita sepatutnya terkejut kalau Mahathir tak tukar kenyataan kerana kita sedang bercakap tentang Mahathir, sejak bila yang dia ni konsisten?  Banyak dah kalau nak dijadikan contoh, mula mula kata Soros penyebab krisis ekonomi 1997. lepas tu bukan pulak, Anwar (liwat), Kit Siang (rasis) dan sebagainya.

Terlalu banyak kalau nak disebutkan satu satu.

Padan dengan muka Muhyiddin.  Dia tu dah tentu-tentulah jadi Perdana Menteri 22 tahun, yang kau baru sebut-sebut jadi Perdana Menteri (kalau pembangkang menang), dah kena tarik balik oleh orang yang sama.
Semputlah Muhyiddin dengan bolak balik Mahathir.  Yang satu bodoh pergi ikut orang dah nyanyuk tu pun satu hal juga.

Cakap pasal Malaysiakini ini, media berkenaan adalah antara yang pernah dilarang dari membuat liputan mengenai Mahathir, kerajaan dan UMNO ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri, kononnya pemberitaan tak adil kata Mahathir.

Hari ini dia jugak guna kawan tu balik - sebab ada untung agaknya.  Tak konsisten lagi.

No comments:

Post a Comment