Tahun lepas lagi dah pembangkang mula buat hal dalam Dewan semasa Bajet dibentangkan. Ketika itu dengan beraninya mereka mengeluarkan placard bertanya dimana dana RM 2.6 billion sebaik Datuk Sri Najib Tun Razak selesai membentangkan Baget 2016 ketika itu.
Berbeza dengan tahun ini, masih guna placard tapi placard itu ditunjukkan selepas sebahagian besar mereka (tak termasuk MP Pas) beramai-ramai keluar dewan semasa Najib sedang membentangkan Bajet 2017.
Itu menunjukkan mereka semakin takut dengan Najib dan sememangnya mereka perlu ada sebab berbuat demikian.
PRU14 akan datang ini, pembangkang akan bermasalah besar apabila pertandingan 3 penjuru (atau lebih) di semua tempat hampir tidak dapat dielakkan. Pribumi, PAS dan PAN hampir pasti akan bertanding sesama sendiri menentang UMNO di semua kawasan Melayu dan statistik menunjukkan, bila keadaan ini berlaku, pembangkang akan tewas dengan teruk.
Lepas Najib menang besar dalam PRU14 nanti, pembangkang dijangka hilang separuh kerusi dalam parlimen sekarang dan dengan itu Najib boleh melanyak mereka secukupnya dalam pembentangan Bajet 2018 nanti.
Masa itu nak buat gimik keluar dewan pun orang tak berapa nak hairan, berapa sangat jumlah mereka masa itu nanti, tak memberikan kesan langsung.
Ye ker? Masa depan Allah yg tentukan.. mana tau nanti lawan one by one... kot tersungkur baru tau.. cepat2 aku screen shot apa yg kamu tulis nie.. x sabo nak tunggu pru 14.. yeszaaa...
ReplyDelete