Monday, October 24, 2016

Muhyiddin Sokong Bersih Sebab Politik, Bukan Merit


Tahun pertama penganjurannya, 2007 dulu, mungkinlah ada merit penganjuran Bersih ini kepada rakyat, tapi setelah dihijack Anwar dan Mahathir, tidak ada apa yang rakyat mengenai Bersih ini melainkan politik semata-mata.

Maka tak hairan kenapa Muhyiddin yang ada peluang untuk menyokong Bersih sejak 2007 (tapi tidak melakukannya), sekarang pulak baru terhegeh-hegeh nak menyokong, adalah kerana kiblat politiknya yang sudah berubah, itu saja.

Rakyat justeru, janganlah terperdaya atau termakan gula-gula kononnya Muhyiddin menyokong Bersih kerana rakyat.  Tidak ada apa yang benar mengenai itu, ini semua sebab politik semata-mata.


Kenyataan ini menjadikan Muhyiddin seorang yang tidak boleh dipercaya dan berprinsip.  Semuanya boleh berubah berdasarkan kepada fahaman politik semasa.  Ikut apa yang ada untung pada dia pada waktu itu saja.

Mana boleh macam ini.  Negara ini perlukan pemimpin yang berprinsip, jenis cakapnya boleh kita pegang, bukan berubah ikut keadaan.  

No comments:

Post a Comment