Sejak ditubuhkan ni, kita dah menyaksikan beberapa pertemuan antara pemimpin PPBM Pribumi ni yang digambarkan bersama. Menariknya, dalam setiap pertemuan itu, korum mereka tak pernah yang cukup, kenapa ya?
Kalau Muhyiddin ada, Mukhriz tak ada, kalau Mukhriz ada, Muhyiddin tak ada, kalau Mukriz dan Muhyuddin tak ada, Shafie Apdal ada. mahathir bagaimanapun, selalunya ada, nak buat macam mana, parti dia yang punya.
Angan-angan tinggi ni, nak menumbangkan BN tapi nak kumpul sesama sendiri pun tak lepas-lepas, macam mana ni?
Keadaan macam ini tak pernah berlaku dalam mana-mana parti politik, baik yang lama, apatah lagi yang baru macam ini. Kecualilah masa PKR ditubuhkan dulu, memang waktu itu Anwar tak pernah ada, dah dia masuk penjara.
Penulis mengagak keadaan ini berlaku kerana PPBM Pribumi ini bukanlah parti jemaah. Ini adalah parti individu dimana hanya seorang bagi arahan, yang lain ikut macam orang bangang. Memang itulah pun Mahathir, membangangkan orang.
Jadi Muhyiddin ada ke takde, Mukhriz ada ke takde, Shafie ada ke takde, tak penting, yang penting Mahathir ada.
No comments:
Post a Comment