Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya mengakui sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengalahkan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang beliau mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin dipilih sebagai Perdana Menteri.
Namun menurut Mahathir lagi, Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perkara itu stidak seharusnya dibangkitkan pada ketika ini kerana takut ia memecahkan undi.
"Jika anda memilih (menamakan) Perdana Menteri sekarang, ada pihak yang akan kecewa dan ianya akan memecahkan undi.
"Buat masa ini kita tidak berbuat apa-apa (memilih bakal Perdana
Menteri), tetapi jika pembangkang menang, kemungkinan besar Muhyiddin
akan jadi Perdana Menteri," katanya ketika menjawab soalan dari hadirin dalam ceramahnya di University of London, baru-baru ini.
Persoalannya mengapakah Mahathir ini menyembunyikan perkara hasratnya itu dari pengetahuan umum khusus pimpian pakatan pembangkang?
Ini kerana Mahathir tahu, DAP dan PKR tidak akan pernah bersetuju untuk melantik orang lain menerajui negara selain daripada Anwar Ibrahim seandainya keputusan pilihnaraya memihak kepada mereka.
Atas sebab takut kehilagan sokongan dan undi, Mahathir terpaksa merahsiakan hasratnya itu bagi mengelakkan parti yang baharu ditubuhkan itu kalah dalam pilihanraya umum akan datang.
Media sebelum ini melaporkan mengenai agenda sebenar Mahathir yang mahu menaikkan
Muhyiddin itu bertujuan untuk menjadikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan
Perdana Menteri.
Malah penganalisa politik Raja Petra Kamaruddin turut pernah mendedahkan, Mahathir hanya mahu menjadikan Muhyiddin sebagai boneka sebelum dipaksa untuk meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Mukhriz mengantikannya.
No comments:
Post a Comment