Media sebelum ini melaporkan Tun Dr Mahathir telah mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan deklarasi yang kononnya ditandatangani oleh rakyat Malaysia yang menggesa Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meletakkan jawatan sebegai perdana menteri.
Namun media hanya melaporkan mengenai perjumpaan tersebut tanpa memberikan sebarang maklumat lanjut.
Apa yang menarik disebalik perjumpaan tersebut ialah keengganan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk mencampuri urusan politik yang sengaja direka cipta oleh Mahathir.
Menurut sumber yang rapat dengan bekas perdana menteri itu, pihak istana melihat gerakan Mahathir itu sebagai satu percubaan untuk mencabul sistem demokrasi sekaligus menidakkan hak pengundi yang telah memilih dalam piliharaya umum yang lalu.
Mahathir dikatakan marah dan kecewa dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong itu kerana usaha untuk menabalkan anaknya sebagai penganti perdana menteri menemui jalan buntu.
Dr Mahathir melancarkan Deklarasi Rakyat pada 4 Mac selepas bekerjasama dengan tokoh-tokoh politik utama dan pemimpin masyarakat sivil untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada Mei, Dr Mahathir mengumumkan bahawa deklarasi itu telah melepasi sasaran awal di mana ia menyasarkan sebanyak satu juta tandatangan walaupun angka tersebut dipertikaikan.
Sebelum ini, pengatur cara komputer bebas, Azharuddin Othman, mengaku terlibat dengan urus niaga menjual pangkalan data penduduk negara ini bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk keperluan projek Deklarasi Rakyat yang digerakkan Mahathir dan pembangkang.
Azharuddin turut mendakwa kesemua 1.2 juta tandatangan tersebut adalah palsu dan perlu disiasat oleh pihak berkuasa.
No comments:
Post a Comment