Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini dilihat begitu lantang menyatakan bantahan terhadap Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 yang akan dilaksanakan kerajaa.
Menurut bekas perdana menteri itu, akta tersebut bertujuan untuk mengetepikan kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.
Mungkin ada yang merasakan tindakan Mahathir itu tepat kerana sebagai seorang yang pernah berkuasa selama 22 tahun sudah pasti dia lebih arif dengan Akta tersebut.
Namun dari satu sudut lain pemerhati politik melihat ia hanya merupakan sandiwara beliau untuk memburuk-burukkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Pada yang tidak tahu, Mahathir adalah antara orang bertanggungjawab meminda Artikel 32, 38, 42, 72 dan 181 Perlembagaan Malaysia yang
menarik kuasa Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu lebih 20 tahun lalu.
Tindakan tersebut bertujuan untuk memastikan pihak istana tidak mencampuri urusan kerajaan lantas menyingkirkan kuasa tertinggi itu sehingga mencetuskan krisis perlembagaan.
Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim ketika ditanya mengenai isu tersebut menyangkal dakwaan tersebut,
Menurut Shahidan akta tersebut hanya berkaitan isu keselamatan dalaman secara khusus sebagai contoh pengisytiharan kawasan keselamatan di kawasan tertentu yang dikesan wujud unsur berbentuk ancaman luar, bukan situasi darurat melibatkan seluruh Malaysia.
Namun seperti biasa, Mahathir begitu bijak memanipulasikan isu dengan mewujudkan persepsi negatif demi kepentingan peribadinya.
No comments:
Post a Comment