Tuesday, September 20, 2016

Modus Operandi Guna Ahli Keluarga Untuk Serang Perdana Menteri, Memang Cara Mahathir


Kalau sesiapa perasan, mutakhir ini bermula kembali serangan terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor.

Dari pemakaiannya yang dikatakan melampau mewah, sehingga kepada pembatalan anugerah oleh UNESCO yang sepatutnya diterima 22 September akan datang - semua ini menjadi bahan media asing untuk menjatuhkan imej Perdana Menteri.

Sebetulnya kalau semua nak tahu, ini adalah cara Mahathir untuk mendesak Najib berundur ikut jalan belakang.

Mahathir sudah tidak berjaya menjatuhkan Najib ikut jalan depan.  1MDB, undi tidak percaya, apa lagi yang Mahathir tidak buat, semua sudah tapi Najib bergegar sikit pun tidak.

Justeru, Mahathir berharap dengan memburukkan imej Najib melalui Rosmah, Rosmah akan mendesak Najib supaya berhenti kerana tidak tahan dimalukan media asing yang Mahathir upahkan.

Modus operandi ini sebenarnya telah digunakan terhadap Paklah dahulu dimana Mahathir pada satu ketika, meningkatkan serangan terhadap isteri barunya Jeanne Abdullah.  Sebelum itu yang jadi mangsa menantunya, Khairy Jamaludin.


Pendek kata, pendekatan ini (menggunakan ahli keluarga untuk mendesak pengunduran Perdana Menteri), pernah dan sedang digunakan Mahathir.  Mahathir tahu masanya tidak banyak, kalau pun dia boleh hidup beberapa tahun lagi tapi belum tentu mentalnya akan kekal seperti sekarang.

Sekarang pun hari-hari orang mengatakan dia nyanyuk, tunggu tak beberapa lama lagi, nyanyuk betullah.

Hakikatnya, Rosmah sudah muak dengan serangan bertali arus dari musuh politik suaminya.  Yang berbeza cuma, kalau dulu yang digunakan jentera dalaman, hari ini yang digunakan ialah media-media asing.

Program Permata ini pun tujuannya bukan nak bermegah atau mendapat anugerah tapi lebih kepada membantu golongan miskin bandar menghantar anak untuk dijaga secara percuma disamping program pra persekolahan lebih advance yang lain.

No comments:

Post a Comment