Wednesday, September 14, 2016

Beranikah Mahathir Sahut Cabaran Untuk Mohon Maaf Pada Anwar?

 
Anak perempuan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha hari ini menggesa Tun Dr Mahathir untuk memohon maaf secara terbuka kepada pemimpin pembangkang itu.

Menurut Nuha, bekas perdana menteri perlu mengakui kesalahannya kerana memfitnah Anwar terlibat dengan kesalahan liwat dan rasuah pada tahun 1998.



“Sebagai anak yang menyaksikan pelbagai seksaan yang dihadapi ayah saya sejak 18 tahun lalu, saya berharap agar Dr M meminta maaf secara terbuka dan mengakui beliau mereka-reka dakwaan itu.

“Saya rasa itu dapat mengurangkan sedikit beban yang kami sekeluarga lalui. Ia bukannya mudah tetapi anda perlu lebih kuat,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Nuha turut menegaskan Mahathir perlu bertanggungjawab atas tindakannya itu sebelum berfikir untuk membentuk sebarang kerjasama dengan pakatan pembangkang.

Persoalannya beranikah Mahathir menyahut cabaran itu dan mengakui tindakannya hingga menyebabkan merengkok dalam penjara adalah satu kesilapan?

Dr Mahathir muncul di mahkamah pada 5 September lalu mendengar kes Anwar yang memfailkan bantahan awal terhadap Akta Majlis Keselamatan Negara di Mahkamah Tinggi.

Namun kedua-duanya masih membisu samada pertemuan itu merupakan satu permulaan untuk perdamaian.

No comments:

Post a Comment