Wednesday, September 21, 2016

Beranikah Mahathir Bersumpah, Pasal Kekayaan Mukhriz



Blogger Politik, Raja Petra Kamaruddin hari ini mendakwa Tun Mahathir Mohamad sebagai pembohong apabila mendakwa tidak terlibat untuk memastikan anak-anaknya menjadi kaya ketika menjawat jawatan sebagai perdana menteri.

Menurut Raja Putra penafian Mahathir itu sukar diterima akal kerana anaknya Datuk Seri Mokhzani Mahathir merupakan antara individu terkaya di negara ini.


Malah menurut laporan yang dikeluarkan oleh Forbes, Mokhzani tersenarai sebagai individu ke-28 paling kaya.

“Kerusi yang diduduki Mokhzani dalam Tongkah (Holdings Berhad) kemudiannya membuka pintu kepada anak bekas Perdana Menteri itu kepada pegangan tidak langsung kepada Phileo Allied Bank (dahulunya dikenali sebagai Allied Bank).

“Dahulu, bank berkenaan dimiliki oleh Phileo Allied yang dianggap sebagai entiti dinamik dan berteknologi inovatif dengan prospek yang meyakinkan.

“Mokhzani mengintai peluang dalam industri perbankan dengan pemeteraian kerjasama yang dilaksanakan menerusi gabungan antara Tongkah dan (perniagaan) berkaitan kesihatan, Pantai Holdings Berhad, yang sebahagian besarnya dimiliki Mokhzani secara peribadi,” ujar blogger tersebut melalai blognya.
Sekiranya Mahathir tidak membantu anaknya, bagaimanakah Mokhzani mampu meraih kedudukan dalam dunia korporat dengan begitu cepat.

“Dikatakan pengambilalihan saham Avenue Assets dan Tongkah oleh Pantai meletakkan Mokhzani dikedudukan tertinggi ekoran Avenue Assets merupakan satu-satunya pemegang saham terbesar dalam Phileo Allied,” katanya.

Menganggap rancangan tersebut sebagai permulaan kepada rampasan kuasa terbesar dalam sejarah perbankan Malaysia, Raja Petra berkata, Pantai Holdings mengutip 20 juta saham Tongkah bernilai antara RM1.60 hingga RM4.64 bagi setiap saham sekitar 29 Ogos hingga 26 November 1997 – sejurus sebelum krisis kewangan 1997.

“Pembelian berkenaan mewakili penambahan 12.2 peratus blok permulaan pegangan Pantai didalam Tongkah pada 29 Ogos. Kos terkumpul 14.7 peratus pegangan (Pantai) dalam Tongkah adalah RM87.4 juta.

“Selepas itu, Pantai memulakan kerjanya terhadap Avenue Asstes dan mula membeli 5.5 juta saham syarikat antara 12 September dan 17 November tahun sama,” ujarnya sambil menambah urusan tersebut dijalankan secara sulit.

Kata Raja Petra lagi, urusan terbabit yang membawa keuntungan tunai RM190 juta “dipercayai dirunding menerusi pintu dapur antara Mahahtir, Daim dan Mokhzani lama sebelum krisis kewangan melanda rantau ini,” katanya lagi.

Persoalannya beranikah Mahathir bersumpah untuk menafikan sepanjang berkhidmat sebagai perdana menteri, beliau tidak pernah terlibat memberikan arahan atau 'laluan mudah' untuk Mukhriz?

Mahathir sering menunding jari terhadap orang lain, namun apakah beliau benar-benar suci dari salah guna kuasa?

No comments:

Post a Comment