Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini akur untuk membebaskan seteru no satunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.
Mahathir ketika diasak wartawan sebentar tadi berkata dirinya tidak ada masalah untuk mengeluarkan Anwar sekiranya ia merupakan kehendak semua pihak (rakan-rakannya di dalam pakatan pembangkang).
Terdahulu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baharu ditubuhkan dilihat cuba
menggunakan isu pemenjaraan Anwar untuk meraih
sokongan.
Menurut Muhyiddin pihaknya bersetuju untuk membebaskan Anwar sekiranya pakatan pembangkang bersetuju untuk bekerjasama untuk menjatuhkan Barisan Nasional dan UMNO.
Walaupun secara rambang ramai yang mungkin merasakan Mahathir sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar kerana rela bekerjasama dengan musuhnya namun dari satu segi kenyataan tersebut hanya berbaur politik.
Ini kerana ketika ditanya apakah Mahathir sanggup menyahut cabaran anak perempuan kedua Anwar yang mengesanya memohon maaf kerana ‘mereka-reka’ cerita dan tuduhan liwat ke atas
bapanya pada 1998, beliau enggan memberikan sebarang kenyataan.
Dalam erti kata mudah, Mahathir hanya mahu mengukan pakatan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.
Sekiranya usaha tersebut berjaya, beliau akhirnya akan kembali melupakan Anwar dan membiarkan bekas timbalannya itu merengkok di dalam penjara ini.
Ini kerana Mahathir tahu kehadiran Anwar akan menyukarkan laluan anaknya, Datuk Seri Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment